saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/12/2012

Salam Musik tidak asing lagi

Keunikan muzik bergenre fuse cultural dan rentak moden yang menyentuh kepada keamanan, persekitaran, kasih sayang dan perpaduan membuatkan kumpulan ini diminati ramai.

SEBUT sahaja kumpulan Salam Musik, pasti tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik tempatan.

Mana tidaknya, lihat sahaja persembahan hebat mereka ketika berada di atas pentas Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19, Urbanscapes 2012, Anugerah Planet Muzik 2012, Shout Awards dan beberapa gig sekitar ibu kota.

Setiap kali mereka tampil beraksi, persembahan mereka pasti memukau setiap mata yang melihat mereka.

Terdiri daripada Ashraaf Salam A. Azlan atau lebih dikenali sebagai Salam, dia mula berkarya sejak 2007 selepas menamatkan pengajian dalam bidang rekaan bunyi dan muzik dari Universiti Limkokwing.

Sejak awal persekolahannya, Salam lebih gemar terlibat dengan aktiviti kesenian tetapi kerjaya seninya bermula sebagai seorang penari latar.

Pada tahun 2008, Salam mula menubuhkan studio sendiri dan pada 2010 dia telahpun menerima anugerah pertama dalam hidupnya.

Bermula dari saat itu, dia mula menubuhkan label Salam Musik pada tahun 2010 dan mengeluarkan lagu Alamak dengan kerjasama rapper, Altimet.

Terkini, Salam Musik telah dicalonkan sebagai artis baru terbaik dan album baru terbaik AIM ke-19.

Selain Salam, kumpulan ini turut dianggotai Talal Zahnan (keyboard) dari Lebanon, Eyza Bahra (penyanyi), M. Irhas (trompet), Bulya (dram), Firdaus Aziz (trompet), Ferdaus Nadzir (bass), Ammar Habir (gitar) dan Kamal Razali (gitar).

Kesemua mereka bukanlah orang baru dalam dunia seni kerana setiap daripada mereka mempunyai pengalaman dan kebolehan yang tersendiri.

Kehadiran Salam Musik memberikan nafas baru kepada peminat muzik tempatan bukan sahaja dari segi irama malah liriknya juga menyampaikan mesej-mesej yang sesuai dengan keperluan asas manusia.

Antara lagu mereka yang sering kali kedengaran di corong radio adalah Lupakan Semalam, Alamak feat Altimet, Di Tanah Kita, Arus, Aku Pelat dan banyak lagi.

Bagi peminat yang ingin mengenali mereka lebih dekat atau ingin ikuti perkembangan terkini kumpulan Salam Musik, taip sahaja Salam Musik di laman sosial Facebook, Twitter atau lawati laman web mereka di www.salammusik.com. - SYAHRIL/ SAFIYANA SALIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.