saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/12/2012

Penerus legasi The Boys

HAYUNAN langkah The Boys kini semakin berani dengan kehadiran Nadia sebagai vokalis.

SEJAK The Boys ditubuhkan pada 1981 kumpulan rock ini pernah diserikan dengan penampilan dua penyanyi wanita yang menjadi perhatian ramai peminat muzik tempatan dan sehinggalah awal 1990-an.

Ella merupakan penyanyi pertama kumpulan itu pada era 80-an hingga awal 90-an sebelum bergelar penyanyi solo sehinggalah ke hari ini.

Selain itu Shima juga pernah menimba pengalaman dan mencipta populariti bersama The Boys pada era 90-an. Selepas Shima keluar daripada The Boys, kumpulan itu tidak sepi dengan penyanyi wanita yang baru.

Selepas era Ella dan Shima, Nadia kini merupakan penyanyi wanita ketiga yang akan meneruskan kesinambungan The Boys dalam bidang muzik rock mereka sejak beberapa bulan lalu.

Nadia sebenarnya bukanlah orang baru dalam bidang nyanyian, sebaliknya dia merupakan bintang yang dilahirkan menerusi program realiti televisyen Akademi Fantasia musim ke-6 kira-kira empat tahun yang lalu.

Sungguhpun begitu menurut Nadia, dia tetap teruja dan sangat berbesar hati apabila ketua kumpulan The Boys, Lord yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi penyanyi dalam kumpulan rock arus perdana berusia 31 tahun.

"Saya memang sangat gembira kerana diberi peluang untuk menjadi penyanyi baru The Boys selepas era kegemilangan Ella dan Shima dalam kumpulan itu. Saya bangga kerana dipilih daripada sekian ramai penyanyi wanita yang ada di negara ini.

"Apatah lagi, The Boys bukanlah orang baru tetapi mereka adalah para pemuzik yang berpengalaman dan banyak bermain di kelab-kelab malam di merata-rata tempat. Malah mereka antara kumpulan rock tempatan yang terus aktif hingga kini.

"Saya bolehlah dianggap sebagai penerus legasi The Boys kerana kumpulan ini memang dikenali ramai kerana menampilkan penyanyi wanita sebagai vokalis utamanya sejak dari dulu lagi.

"Tidak dinafikan ramai anggota The Boys seperti Lord juga boleh menyanyi tetapi tumpuan mungkin lebih banyak kepada penyanyi utamanya. Sebabnya walaupun boleh menyanyi tetapi Lord juga adalah gitaris utama dalam The Boys," katanya kepada Hits.

Nadia atau Nadia Hasman ditemui selepas dia dan The Boys mengadakan persembahan di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada persembahan itu, Nadia dan The Boys menyanyi empat buah lagu termasuklah lagu berjudul Secebis Jawapan yang pernah dipopularkan oleh Ella pada pertengahan 80-an.

Kata penyanyi berusia 22 tahun ini, dia sebenarnya bukan orang baru dalam The Boys sebaliknya pernah menganggotai kumpulan itu pada 2006.

"Saya sebenarnya pernah menyertai The Boys sewaktu usia 16 tahun tetapi disebabkan ketika itu saya masih di bawah umur jadi saya tidak dapat menyanyi bersama mereka sepenuh masa.

"Pernah suatu ketika sewaktu saya bersama Lord dan kumpulannya, Lord Justice mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur saya telah dihalang daripada memasuki pusat hiburan itu kerana masih di bawah umur.

"Selepas usia 18 tahun ke atas maka barulah saya lebih senang untuk menyanyi bersama-sama The Boys. Cuma saya lebih serius menyanyi dengan mereka sejak beberapa bulan yang lepas," ujarnya.

Tambah anak kelahiran Kuala Lumpur itu, dia yakin mampu menyesuaikan diri dengan pembawaan muzik rock yang diketengahkan oleh The Boys sejak era Ella dan Shima menjadi penyanyi dalam kumpulan itu lagi.

Anak sulung daripada dua beradik ini berharap pembabitannya dalam The Boys akan terus mengembangkan lagi bakat serta popularitinya dalam bidang muzik tanah air selepas ini.

Sebabnya, selepas musim Akademi Fantasia ke-6 berakhir dia telah mengorak langkah sebagai penyanyi dengan menghasilkan beberapa buah lagu dalam bentuk album single antaranya berjudul Kita Sama beberapa tahun lalu.

Sayangnya, nama Nadia seakan-akan senyap seketika biarpun pada masa sama dia turut mencuba nasib dalam bidang lakonan dengan berlakon dalam beberapa buah telemovie seperti Rendang Tok Wan dan Rendang Tok Wan Kembali.

"Saya rasa kecenderungan saya adalah dalam bidang nyanyian. Malah saya juga lebih cenderung dalam genre muzik rock. Sebab itu, pembabitan saya dalam The Boys sekarang ini memang kena pada masanya," tuturnya lagi.

Kata penyanyi yang bersuara lantang itu, buat masa ini dia dan The Boys sedang merancang merakamkan beberapa buah lagu bagi dimuatkan sama ada dalam album single atau album penuh kumpulan rock legenda tersebut. Kesemua lagu itu dicipta oleh Lord selaku ketua kumpulan The Boys.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.