saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/12/2012

Seniman... Tukarlah jadi Persatuan Pelakon

BANYAK sungguh agenda perjuangan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang diuar-uarkan untuk kebaikan ahli. Kata-kata Zed juga dilihat cukup berkesan sampai kecohlah industri. Tak cukup dengan itu, Presiden Seniman berterusan jadi bualan kerana lantang mengutarakan isu-isu demi memperjuangkan artis tempatan. Selain itu beliau menuntut keadilan jika dirasakan sesuatu perkara tidak adil berlaku kepada ahli. Pendek kata, Zed sanggup jadi lilin yang membakar diri asalkan dapat memberi kesenangan kepada orang lain. Sampai begitu sekali. Hebat kan?

Memang Zed di pihak yang betul tapi kenapa sejak akhir-akhir ini Zed hanya beri perhatian pada isu-isu membabitkan golongan pelakon sahaja? Sepatutnya orang seni lain turut dipelawa menjadi ahli Seniman? Sebabnya Seniman bukan persatuan pelakon.Tak kan sebab Presiden Seniman seorang pelakon, jadi nasib pelakon sahaja yang perlu diberi keutamaan.

Kenapa dalam Seniman hanya ada pelakon? Kenapa tidak ada pelukis, tok dalang, pemuzik tradisional, pelukis batik, pengukir kerana mereka semua adalah seniman. Kalau dalam Seniman tidak ada penggiat dari cabang seni lain, tidak tepatlah nama persatuan "Seniman."

Adakah masalah berbangkit di setiap cabang bidang seni lain tak relevan kepada Seniman? Kenapa Zed tidak memperjuangkan bayaran kepada penyair yang mendeklamasi puisi yang dibayar lebih rendah daripada penyanyi baru setahun jagung?

Hakikatnya sekarang ini Zed beria-ia memperjuangkan hak pelakon 100 peratus, sudah penggiat seni bidang lain berkecil hati. Nampak berat sebelah. Janganlah bagi alasan ada persatuan lain di Malaysia seperti Papita atau Karyawan boleh selesaikan masalah.

Kalau macam itu, lebih baik tukar nama kepada Persatuan Pelakon. Gubal saja perlembagaan persatuan sedia ada sebab belum ada lagi persatuan pelakon di Malaysia ini yang memperjuangkan hak pelakon sepenuhnya.

Jadi bila ada Persatuan Pelakon, presiden boleh fokus kepada pelakon drama, filem dan teater. Penggiat seni tiga unit utama ini pun ada masalah juga bukan? Apa salahnya diberi tumpuan. Banyak kebaikan diperolehi seperti ke mana arah tuju pelakon tempatan. Sekali gus menghapuskan eksploitasi pihak tertentu yang bertujuan mengaut keuntungan dengan menggunakan nama pelakon tertentu.

Dari sudut positifnya, pertukaran nama itu bertujuan untuk memberi fokus bermakna buat presiden persatuan untuk menjaga kebaikan pelakon secara kolektif. Jika selama ini beban kerja terlalu berat disebabkan terlalu banyak cabang bidang yang perlu dijaga, sekarang tidak lagi.

Andai Persatuan Pelakon ditubuhkan, presiden yang terlibat boleh fokus kepada agenda pembangunan ilmiah. Masa itu boleh buat apa saja kelas asas pengenalan kepada industri, terutama kepada pelapis dan generasi baru seperti mana yang dicadangkan pelakon Zizan Nin dalam perbualan dengan saya sebelum ini.

Boleh juga buat modul jangka masa pendek dan panjang kepada golongan pelakon. Pendek kata, apa saja sebab yang penting sekarang ini adalah bidang tugas dan tujuan persatuan itu ditubuhkan. Semuanya kena berada dalam garisan yang betul supaya ahli tidak memandang sebelah mata kepada kepimpinan presiden.

Kalau persatuan pelakon direalisasikan, masa itu nak angkat profesion pelakon setinggi mana pun tak apa sebab presiden ada sasarannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.