saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/01/2013

Tres Empre tonjol bakat

Genre hardcore dan alternatif rock menjadi taruhan Tres Empre dalam dunia muzik tanah air.

INGIN dikenali sebagai kumpulan Tres Empre, lima anak muda yang terdiri daripada Masraur Hisham (drum), Eddie Edzuan (vokal), Azrul Aziz (gitar), Bazz (gitar) dan Bert (bass) memilih nama yang cukup sinonim dengan zaman Rome.

Menurut mereka berlima, nama ini mewakili salah satu empayar terkenal Rome yang tidak pernah mengalah. Begitu juga dengan mereka, kumpulan Tres Empre tidak akan mengalah dalam memperjuangkan muzik tempatan.

Kumpulan ini mula ditubuhkan sekitar 2010. Dari sebuah kumpulan kecil, mereka berlima berusaha mengubah persepsi sebilangan peminat muzik dengan irama yang agak berlainan seperti gabungan genre hardcore dan alternatif rock yang lebih moden dan kena dengan cita rasa peminat muzik masa kini.

Dalam experimentasi itu juga, mereka menggabungkan pelbagai idea dan kemahiran untuk melahirkan bunyi-bunyian baharu yang lebih mudah didengari seperti yang terdapat dalam lagu Great White Ocean, Sleeping Tiger, Sattle Down dan Under Earth.

Dalam kebanyakan lagu mereka, lirik lagu Tres Empre lebih kepada memberikan kata-kata motivasi dan semangat dalam versi muzik rock seperti lagu Defiance yang mengajak peminat bangkit memperjuangkan kehidupan masing-masing.

Bermula awal 2013, anak jantan ini berazam untuk menerbitkan sebuah album 10 lagu yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Bagi mereka berlima, tempoh setahun pada 2012 merupakan suatu perjalanan yang telah banyak mematangkan diri mereka dalam industri hiburan mahupun kehidupan peribadi.

Selain itu, mereka juga gembira mengakhiri tahun 2012 dengan persembahan mantap yang dipamerkan dalam Rock The World baru-baru ini. Bagi mereka, peluang tersebut amat besar kerana itulah peluang keemasan yang ditunggu selama ini.

Pada masa yang sama, Tres Empre juga akan memulakan sesi jelajah ke seluruh negara dan setakat ini, mereka pernah beraksi di luar negara seperti Singapura dan Indonesia.

Buat peminat yang ingin mengenali mereka lebih dekat, layari laman www.facebook.com/tresempre, twitter.com/tresempre, youtube.com/tresempre atau blog peribadi mereka tresempre.wordpress.com, tresempre.bigcartel.com dan soundcloud.com/tresempre. - SYAHRIL/BOB

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.