saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/01/2013

Hala tuju Fezrul Khan

Fezrul sentiasa berusaha bagi memastikan wataknya mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

Nama saya ini memang susah nak ingat agaknya, tapi masih ada orang kenal saya," jelas Fezrul Khan Junaidi atau lebih dikenali sebagai Fezrul Khan.

Mula menjejakkan kaki di dalam dunia lakonan bermula pada 2004 lagi, ternyata jaminan untuk menjadi popular dan terkenal itu bukanlah satu kepastian.

Namun, bagi Fezrul, dia tidak mahu menganggap semua perkara tersebut sebagai salah satu halangan untuk terus dikenali dalam industri tanah air.

Mungkin jalan termudah untuk terkenal adalah melalui gosip, publisiti murahan atau mungkin ambil dadah, tapi kesemua perkara tersebut bukanlah pilihan kepada pelakon di bawah Metrowealth Movies Production ini.

Bagaimanapun, tahun lepas, muka lelaki ini boleh disifatkan antara yang kerap juga muncul di kaca televisyen mahu pun layar perak.

Antara drama filem yang dibintangi oleh Fezrul ialah drama bersiri Bini-Bini Perkasa, Santau Merasuk serta filem Sumpahan Kum Kum dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang.

Namun apabila muka sering kali muncul, pasti timbul persoalan 'tidakkah penonton bosan melihat muka yang sama'?

"Rasanya bukanlah selalu sangat muka saya keluar di kaca televisyen atau pun di layar perak.

"Tapi apa-apa pun, untuk tidak membuatkan penonton bosan, saya akan cuba untuk menampilkan kelainan dalam setiap kemunculan saya.

"Risau juga kalau kita asyik berlakon pada satu tahap yang sama sahaja. Perlu ada perbezaaan dan jalan cerita yang menarik juga sebenarnya merupakan salah satu perkara yang dapat menarik minat penonton," katanya jujur kepada Hits baru-baru ini.

Malah sejajar dengan tahun baru, Fezrul juga bertekad untuk melakukan yang terbaik pada 2013 ini.

"Memang pada tahun ini saya ingin baiki kelemahan. Apa yang kurang, saya akan pastikan ia akan diperbetulkan.

"Kalau ada yang nak mengkritik, kritiklah. Saya boleh terima tetapi biarlah ia membina. Lagi pun saya memang anggap kritikan merupakan salah satu peluang untuk isi mana-mana ruang yang kurang," katanya lagi.

Pelakon Baru

Menceritakan kembali pengalamannya di dalam bidang seni, ternyata Fezrul merupakan pelakon yang sememangnya sangat bersabar dan sentiasa mahu belajar perkara baru di dalam bidang yang diceburinya itu.

"Bagi saya, untuk belajar di dalam industri lakonan ini sememangnya perlu bersabar.

"Selain itu, boleh juga rujuk pelakon-pelakon yang lebih senior," jelas lelaki berusia 31 tahun ini.

Bagi Fezrul, apa yang pasti kini dia merasakan kebanyakan pelakon baru yang hadir di dalam industri tersebut ternyata memang mahu belajar sesuatu yang baru dengan bersungguh-sungguh.

"Pada pendapat saya, seelok-eloknya pelakon baru sebenarnya tidak boleh terus diberikan watak utama. Ini kerana, peranan watak utama dalam sesebuah drama mahu pun filem adalah sesuatu yang cukup besar dan berat.

"Dulu ketika awal-awal pembabitan saya dalam lakonan, memang saya sendiri tidak komited untuk membawakan watak utama.

"Tapi kita belajar perlahan-lahan daripada pelakon lain ketika itu. Berpunca daripada pengalaman itulah yang membuatkan kita lebih matang dan bersedia tahu selok belok dalam lakonan.

"Cuma kadang-kadang peluang dan rezeki yang datang untuk setiap orang itu berbeza. Bila dah dapat, gunakanlah dengan sebaiknya," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran filem Bencinta di Langkawi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.