saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/2013

Menyanyi kerana Selingkar Kasih

TIMBUNAN surat daripada para peminat sewaktu di awal pembabitannya sebagai penyanyi bukti Rem pernah meniti zaman popularnya sendiri.

SETIAP penyanyi yang pernah merakamkan album biasanya mempunyai senarai lagu popular masing-masing. Lagi banyak album yang dirakamkan oleh seseorang penyanyi itu, maka kemungkinan besar lebih banyak lagu yang boleh diketengahkan kepada para pendengar.

Sungguhpun begitu, bilangan album mahupun lagu yang dihasilkan bukan menjadi syarat dalam menentukan populariti lagu dan seseorang penyanyi itu. Penyanyi era 1990-an, Rem misalnya tidak menghasilkan banyak album mahupun lagu yang diingati oleh para peminatnya sehingga ke hari ini.

Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim berkata, setakat ini dia cuma sempat merakamkan empat buah album sejak 1997. Namun, penyanyi bersuara lantang ini menambah yang penting baginya adalah kualiti lagu dan bukannya kuantiti bagi menarik perhatian para peminatnya.

"Saya tidak ada banyak seleksi lagu yang hits walaupun pernah merakamkan empat buah album sejak menjadi penyanyi selama 15 tahun. Setakat ini, lagu nyanyian saya yang paling popular bertajuk Selingkar Kasih yang telah saya rakamkan lebih 10 tahun lepas.

"Tetapi saya bersyukur kerana kekuatan melodi dan populariti lagu itu maka sampai sekarang saya masih menerima tawaran mengadakan persembahan di merata-rata tempat. Pihak penganjur menjemput saya kerana mereka tahu para peminat masih mahu mendengar lagu itu.

"Ke mana-mana pun saya pergi apabila orang sebut lagu itu, mereka mesti akan ingat nama saya. Dengan lagu itulah saya mencari makan dalam bidang nyanyian biarpun saya tidak menghasilkan sebarang album baru sejak 2006," katanya kepada Hits di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Rem hadir menjayakan konsert anjuran saluran radio KL FM yang menyambut ulang tahun ke-39 di Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara yang disaksikan hampir 10,000 penonton yang mana dia tidak ketinggalan menyanyikan lagu Selingkar Kasih pada malam tersebut.

Pada masa sama penyanyi berasal dari Sibu, Sarawak ini tidak mahu berpuas hati setakat itu sahaja, sebaliknya dia sentiasa mahu merakamkan album-album baru. Dia berharap dapat mempopularkan lebih banyak lagu daripada album-album yang akan dihasilkannya kelak.

"Saya akan menghasilkan album single terbaru saya pada tahun ini yang bertajuk Nanti Bila Kaya hasil ciptaan Fyn Jamal dan diterbitkan oleh komposer Ajai. Itu adalah single saya yang kedua selepas album single bertajuk Selalu Ada yang mana ia berkonsepkan irama pop.

"Selain terus menyanyikan lagu Selingar Kasih saya juga secara tidak langsung cuma mempromosikan lagu-lagu terbaru daripada album-album single saya itu. Kalau boleh saya juga tidak mahu bergantung kepada populariti sesebuah lagu sahaja," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.