saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/01/2013

Idam jadi pelakon

Menjadi penyampai memberi kepuasan diri.

SIAPA sangka di sebalik wajah tegas wanita berumur 29 tahun ini, dia sebenarnya pernah mengimpikan gelaran seorang pelakon. Cuba mengorak langkah memulakan misi untuk mengecapi impian itu dia memilih untuk memasuki sebuah pertandingan realiti. Ternyata percaturan itu berjaya meletakkannya sebagai selebriti kini, namun bukan sebagai pelakon tetapi personaliti televisyen.

Mengakui pada mulanya agak gentar dengan peranan yang dibawa akhirnya kini dia percaya tugas pengacara merupakan kerjaya yang paling sesuai untuk dirinya. Pernah merasakan keperitan pada permulaan kerjaya dan ternyata cabaran itu berjaya membentuk Hazlin Hussain menjadi lebih baik.

Mengambil alih tugas sebagai pengacara rancangan 999, dari Zakiah Anas, Hazlin mengakui pada peringkat awal tugasan dia seakan hilang arah. Malah tidak menafikan pada awalnya dia memang meniru seratus peratus cara Zakiah Anas mengendalikan rancangan itu.

"Pada awal diberi peluang mengacarakan rancangan 999, saya memang tidak ada fokus.

"Tanpa arah saya cuba meniru Zakiah yang sebelum ini merupakan pengacara rancangan tersebut, pada mulanya saya rasa ia merupakan cara terbaik untuk meneruskan program tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama pembaca berita Buletin Utama.

Tidak dinafikan percubaan kali pertamanya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peminat rancangan tersebut. Pernah mahu mengundur diri, Hazlin akhirnya mengambil keputusan untuk terus mencuba.

"Memang ada yang marah, terutamanya peminat kepada Zakiah sendiri, memang waktu itu saya putus asa.

"Namun lama kelamaan saya mulai temui rentak saya sendiri, dan akhirnya kini saya sangat bersyukur kerana diterima peminat," kata anak kelahiran Kajang, Selangor ini.

Ditanya sama ada dia akan meneruskan impiannya untuk bergelar pelakon, Hazlin menegaskan, impian itu mungkin tidak lagi relevan untuk dirinya.

"Setelah menceburkan diri dalam bidang pengacaraan saya fikir ini merupakan kerjaya yang sesuai kini.

"Ketika ini, saya tidak lagi mahu dikenali sebagai pelakon. Bayangkan kalau saya berlakon dan mendapat tawaran watak sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO), sudah tentu watak tersebut tidak sesuai untuk saya yang mengacarakan rancangan bercorak kepolisian," katanya tersenyum.

Masih solo

Menduga siapa dirinya yang sebenar, menurut Hazlin dia memang seorang yang tegas. Bagaimanapun itu tidak bermakna dia tidak membawa nilai seorang wanita Melayu.

"Kalau ada mengikuti program realiti Gadis Melayu musim kedua, peminat akan melihat siapa diri saya.

"Saya memang seorang yang tegas dan suka melontarkan pendapat tanpa resah, namun di sebalik ketegasan ini saya masih seorang wanita biasa," katanya.

Cuba mengorek rahsia hati wanita ini, Hazlin ditanya sama ada dia kini sudah berpunya. Menjawab persoalan itu dengan senyuman, Hazlin memberitahu dia kini masih sendirian.

"Saya masih lagi bujang, perancangan untuk berkahwin itu memang ada, tapi belum ada calonnya.

"Saya sudah 29, kalau boleh mahu juga mempunyai suami dan anak-anak seperti rakan-rakan yang lain," katanya jujur.

Memilih untuk memotong rambut pendek, ada yang mengatakan wanita ini terpaksa mengorbankan personalitinya agar tugas sebagai pengacara 999 lebih berkesan. Menyangkal hal itu Hazlin memberitahu, dia memilih untuk mengayakan rambut pendek kerana faktor keselesaan.

"Tidak...saya tidak korbankan penampilan saya demi rancangan itu, namun saya tidak nafikan penampilan sebegini memberi kesan kepada program itu.

"Memang saya pilih untuk berambut pendek, dengan kesibukan saya, ini merupakan gaya paling sesuai untuk diri saya yang sentiasa bergerak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.