saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/01/2013

Jiwa metal Melayu S.O.G

BERAPA ramai dalam kalangan pendengar muzik tanah air yang taksub mendengar genre metal namun intipatinya masih berjiwa Melayu?

Inilah yang dibawa oleh Sekumpulan Orang Gila (S.O.G) dalam usaha membina nama sebagai sebuah band metal tanah air yang masih mengekalkan ciri kemelayuan dalam muzik mereka.

Dianggotai empat anak muda - Raja Nazrin, 23, Raja Nazmin, 23, Acap, 23 dan Riko, 20, S.O.G hadir membawa misi mahu merubah pandangan serong terhadap muzik metal.

Ditubuhkan pada 2005, S.O.G sedar bahawa tidak semua pendengar muzik boleh menerima aliran metal.

Kebanyakannya skeptikal dengan aliran itu yang sering dikaitkan dengan sebagai muzik 'jahat'.

"Kami tahu, tak ramai yang boleh terima muzik metal. Orang kata muzik begini punca akhlak rosak, memesongkan akidah dan macam-macam lagi. Tapi itu semua tak benar.

"Persepsi begini harus diubah sebab muzik kami ada isi yang sarat dengan mesej positif. Tak semua muzik metal bawa pengaruh yang tidak sihat dan itu yang cuba kami ubah.

"Sebab itu, kami sengaja letak nama Melayu, selitkan unsur Melayu dalam karya. Dulu kami dikenali sebagai band Sound Of Genosid. Kami ubah. Kami tak mahu jiwa Melayu itu hilang walau dalam muzik," jelas Raja Nazrin.

Kongsinya lagi, meski niat dan perjuangan mereka dalam aliran tersebut benar, mereka sedar ada dalam kalangan pendengar dan pesaing dalam industri yang masih belum membuka mata untuk melihat keupayaan S.O.G yang membawa genre metal trendy.

"Walau telah beberapa tahun bertapak dan kini bernaung di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia, kami tahu banyak pihak masih memandang sebelah mata terhadap S.O.G.

"Kenapa? Sebab nama band Melayukah? Sebab kami bawa lagu Melayukah? Atau mesti nama barat baru metallah? Macam tu?

"Namun kami tak kisah sebab tahu ramai pengikut yang teguh menyokong band ini. Lagipun kami bukan nak kejar populariti. Cukuplah muzik kami dikenali dan diterima ramai. Apa yang penting mesej positif yang kami sampaikan melaluinya," katanya.

Sumpah Pendekar

Kumpulan yang turut menjadikan band System of a Down sebagai inspirasi mereka ini hadir dengan single berjudul Sumpah Pendekar.

Khabarnya, lagu ciptaan mereka itu pada awalnya merupakan lagu berbentuk provokasi perkauman.

Dek kerana itu, apabila diusulkan kepada pihak Universal, lagu itu telah ditolak. Pun begitu, pembikinannya diteruskan selepas beberapa perbincangan dilakukan.

"Kami tak buat lagu provokasi. Pada awalnya lagu itu juga bukan berjudul Sumpah Pendekar tetapi Satu Melayu.

"Kami akui, liriknya agak keras dan tajam. Tapi bukan provokasi perkauman. Lagu itu mengenai penyatuan bangsa Melayu supaya jangan berpecah-belah. Itu saja.

"Namun atas saranan beberapa pihak termasuk komposer M.Nasir, kami tukar sedikit lirik termasuk judul.

"Pun begitu, pengikut kami rata-ratanya suka dengan lirik asal. Tapi kami tak kisah, yang penting, pendengar kena faham apa yang kami sampaikan melalui lagu tersebut," katanya sambil memberitahu sedang merangka perancangan untuk menghasilkan album termasuk kolaborasi yang melibatkan beberapa artis tempatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.