saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/02/2013

Feeya karaoke bersama peminat

KEBANYAKAN anak muda yang minat dengan muzik pastinya suka menyanyi dan gemar meluangkan masa di pusat karaoke.

Begitu juga dengan empunya nama Nurshafiza Iskandar Azizan, 24, yang turut mengisi masa terluangnya dengan aktiviti karaoke atau 'karok'.

Oleh itu, pusat karaoke sering menjadi lokasi pilihan penyampai radio Sinar FM ini untuk menghiburkan dan menenangkan diri daripada tekanan kerja serta dalam masa yang sama bersosial bersama rakan dan peminat.

Berkesempatan mengikuti anak gadis yang mesra disapa Feeya ke Red Box The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini, ternyata dia sememangnya berbakat dalam bidang nyanyian di sebalik suaranya yang manja dan jelas.

Sebenarnya Feeya suka karaoke bersama rakan-rakan kerana peluang sebegini boleh dijadikan asas latihan nyanyian.

Malah setiap kali karaoke, pasti ada sahaja peminat baharu turut serta berkaraoke sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu.

Menurut Feeya, lagu Mencintaimu merupakan lagu kegemarannya ketika karaoke dan dia juga suka kepada lagu-lagu rancak.

Selain itu, Feeya turut mengakui dia sebenarnya sangat tertarik dengan kemerduan suara Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti.

Bagi Feeya, bukan mudah untuk menjadi penyanyi walaupun kini banyak program realiti melahirkan bakat baharu kerana setiap suara yang ada dalam industri muzik masa kini memiliki keunikan yang tersendiri.

Jika ada rezeki di kemudian hari, Feeya teringin untuk merakamkan single sendiri.

Bagi peminat Feeya, sila layari Facebooknya, Feeya Iskandar atau hubungi Feeya ketika dia sedang ke udara pada slot Sinar Petang setiap hari bermula pukul 1 hingga 4 petang manakala setiap Sabtu bermula pada pukul 8 hingga 10 malam. - SYAHRIL/ DJOHAN SHAHRIN SHAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.