saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/02/2013

Menyerlah dalam masa lapan bulan

Pengalaman sebagai model iklan banyak membantu Syatilla mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

BIDANG lakonan di negara ini tidak pernah ketandusan muka-muka baru. Mereka datang bersilih-ganti bagi mencuba nasib sebagai pelakon sama ada menerusi layar perak atau di kaca televisyen. Kebanyakan mereka terdiri daripada remaja yang mahu mengembangkan lagi bakat seni yang ada pada diri masing-masing dalam dunia yang penuh dengan glamor itu.

Syatilla Melvin merupakan salah seorang pelakon muda yang sedang meningkat naik terutama dalam dunia lakonan drama televisyen tempatan sejak kebelakangan ini.

Menurut pelakon berusia 21 tahun itu, dia boleh dikatakan bernasib baik kerana mampu menyerlahkan bakatnya melalui kaca televisyen biarpun baru lapan bulan terbabit sepenuh masa dalam bidang tersebut.

"Tidak sampai setahun menjadi pelakon, tetapi ramai penerbit dan pengarah yang telah memberi kepercayaan kepada saya melakonkan pelbagai jenis watak mencabar terutamanya watak-watak jahat.

"Malah, drama bersiri BFF lakonan saya yang disiarkan di TV3 baru-baru ini mendapat sambutan hangat para penonton.

"Drama terbitan Grand Brilliance itu adalah drama pertama lakonan saya yang disiarkan di televisyen. Sambutan terhadap drama itu secara tidak langsung telah memperkenalkan lagi nama saya dalam bidang ini.

"Sejak itu saya mula mendapat tawaran berlakon dalam beberapa buah drama TV daripada syarikat-syarikat produksi yang lain sehinggalah ke hari ini.

"Itu adalah suatu permulaan yang positif dalam kerjaya saya sebagai pelakon memandangkan saya adalah pelakon baru. Sebabnya sekarang ini terdapat ramai pelakon baru yang muncul di mana sekali gus persaingan orang baru seperti saya dalam bidang lakonan memang agak sengit," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, pelakon yang berasal dari Parit Buntar, Perak itu sedang menjalani penggambaran drama bersiri terbaru lakonannya yang berjudul Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.

Selain Syatilla, drama arahan Ayie Mustafa dengan 28 episod itu turut membariskan ramai pelakon berpengalaman termasuklah Raja Ema dan Lydiawati.

Jelas Syatilla, meskipun masih hijau dalam dunia lakonan, tetapi dengan keyakinan dan sedikit bakat berlakon dia bersyukur apabila diberi kepercayaan melakonkan watak bernama Fifi dalam drama bersiri tersebut.

Dengan tunjuk ajar pengarah serta dorongan para pelakon lain yang jauh lebih senior daripadanya, dia berjaya menghabiskan penggambaran naskhah itu.

"Dalam drama bersiri itu saya berlakon dalam 130 adegan dan penggambarannya diadakan di merata-rata tempat seperti di sekitar Kuala Lumpur dan Sungai Petani, Kedah.

"Watak Fifi yang saya lakonkan ini adalah watak jahat dan suka menggoda lelaki yang mana ia antara watak berat yang pernah saya lakonkan setakat lapan bulan ini," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.