saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/02/2013

Jatuh bangun Abstrak Hingga Ke Bulan

Anggota Abstrak Hingga Ke Bulan dari kiri, Zarul, Ikhram, Deeba, Ikmal dan Fendy sedia memasuki muzik arus perdana.

BATTLE of The Band Sutasi yang dianjurkan lima tahun lalu ternyata masih belum cukup kuat untuk memperkenalkan nama Abstrak Hingga Ke Bulan dalam industri muzik tempatan biarpun mereka berada dalam kedudukan tempat kelima teratas.

Malah, persaingan yang turut disertai pelbagai band dari seluruh Asia itu juga telah membuka laluan kepada band yang memperjuangkan muzik alternatif dan pop ska sejak tujuh tahun lalu melebarkan sayap hingga ke Amerika Syarikat.

Kekangan kewangan pada ketika itu telah memusnahkan impian Abstrak Hingga Ke Bulan untuk mengorak langkah lebih jauh, yang mana turut mematahkan semangat kumpulan ini untuk terus bersaing dalam industri yang semakin mengecil.

Setelah hampir empat tahun mendiamkan diri, kini band yang diketuai Zairul Addry Helmy, 37, selaku gitar utama bersama barisan tetap lain seperti Adibah Mhd. Baharuddin (vokal), 27; Muhammad Ikmal Abd. Laatiff (pemain dram), 28; Mohd Effendy Tajudin (keyboard), 28; dan Mohd Ikhram Izzazudin Zainuddin (bass), 30, kini kembali dengan buah tangan terbaru.

"Penyertaan Deeba sebagai vokalis utama telah melengkapkan band Abstrak Hingga Ke Bulan yang selama ini terpaksa menggunakan pemuzik undangan tatkala membuat persembahan.

"Gandingan barisan baru ini diharapkan dapat menghasilkan magis dalam setiap lagu bagi menarik minat para pendengar tempatan dengan muzik yang dihasilkan," kata Zarul.

Bercerita mengenai album terbaru Abstrak Hingga Ke Bulan, Zarul berkata, genre asal kumpulan tersebut terus menjadi nadi utama mereka bagaimanapun elemen horn, string section serta synthesizer menjadi suntikan dalam karya pada kali ini.

Bagi mencari mood yang berbeza setelah puas 'terkurung' dalam studio, katanya, kebanyakan lagu baharu mereka telah dirakamkan di sebuah chalet di Janda Baik .

Selain memuatkan lagu Tik Tok, Tanpa Dirimu dan When I'm With You yang dipetik daripada single terdahulu, Setelah Kau Pergi, Kisah Penipu Besar dan Frekuensi Cinta antara yang menjadi pertaruhan pada album terbaru ini.

Lebih menarik, gandingan lima anak muda itu turut melakukan banyak kolaborasi bersama artis-artis tempatan seperti Altimet untuk lagu Propaganda dan If I Say I Love You bersama Radhi OAG selain Samier serta Zaid AF2.

"Jaminan kami, peminat akan berpuas hati dengan album berjudul Tik Tok kerana ia dihasilkan sepenuhnya oleh saya bersama anggota kumpulan lain.

“Album tersebut yang memuatkan 12 buah lagu dijadualkan berada di pasaran tak lama lagi itu menampilkan lapan buah lagu Melayu dan empat lagu Inggeris," kata Zarul.

Sempena pelancaran album terbaru Abstrak Hingga Ke Bulan, para peminat boleh membuat tempahan awal dan mendapatkan diskaun yang terhad untuk 200 unit pertama di https://www.facebook.com/abstract2dmoon atau [email protected]

- LYNN/NOOR AZLINA JAAFAR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.