HIBURAN
ARKIB : 10/02/2013
Eksklusif di konsert

SYED tahu ramai yang memang tak sabar nak tunggu konsert penyanyi lelaki ini. Dengar khabarnya tiket-tiket untuk menyaksikan konsert Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari dah nak habis terjual.
Tapi awal minggu lalu, Anuar telah pun mengumumkan konsert yang dijadualkan berlangsung 16 Februari depan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur diubah ke lokasi yang lain.
Khabarnya, pihak produksi telah memilih Stadium Melawati Shah Alam, Selangor sebagai lokasi konsert yang akan menjadi kemuncak tiga dekad penglibatan Anuar sebagai penyanyi.
Syed dengar cerita tiket konsert untuk malam tu sudah lebih 80 peratus terjual minggu lalu. Rasanya menjelang konsert nanti memang akan habis sebab memang ramai yang tertunggu-tunggu konsert sebegini.
Jadi siapa kata konsert berbayar tak laku? Kalau betul cara dengan pemilihan penyanyi yang tepat, semua yang diharapkan akan jadi kenyataan seperti yang mereka impikan.
Bagi mereka yang datang malam itu akan dapat menyaksikan sambungan video muzik Ajari Aku iaitu lagu Sempurnakan Aku. Maknanya sambungan video muzik, pelakon dan cerita akan bersambung ke lagu tersebut.
Mereka yang hadir akan menjadi orang pertama yang menyaksikan tayangan video muzik ini secara eksklusif okey. Rasanya memang ramai mak datin yang dah teruja tu.
Syed: Menunggu kemelut ND Lala, Shila Amzah dan Sharnaaz berakhir. Teringat lagu Kemelut Di Muara Kasih dendangan Ziana Zain.
Kasih Malaysia - Vietnam
Cinta atau sahabat
Erin belum jawab!
Komitmen Nad Zainal
Du’a tumpang populariti?
Awi Rafael tidak kisah
Afee Utopia kini 'duta'
Kenapa Faizal Tahir kurus?
Papar kehidupan masyarakat Asia
Tidak salahkan media
Belum fikir pencen
Cinta diuji
MLTR kembali
Chacha temui cinta baharu
Madeena buah hati Mizz Nina
Ihsan insani Azmil Mustapha
‘Wanita tak suka saya’
Pernah berpisah
Watak kameo beri impak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












