saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/02/2013

Saya masih aktif - Nancie Foo

Menikmati juadah bersama-sama adalah aktiviti rutin setiap kali menjelang Tahun Baru Cina.

SAYA masih aktif dalam dunia perfileman dan drama Melayu sehingga ke hari ini kerana didorong dengan rasa minat yang mendalam," kata pelakon Nancie Foo pada pertemuan di kediamannya di ibu kota, petang Selasa lalu.

Bekas Ratu Cantik Malaysia 1979 itu juga menyangkal dakwaan mengatakan dia tidak mengikuti arus perkembangan industri hiburan biarpun sudah dua dekad tidak berlakon.

Bagaimanapun dia mengakui selesa bergerak di belakang tabir di syarikat produksinya sendiri iaitu Seni Dua Puluh Dua Puluh Production Sdn. Bhd. selain penggerak Yayasan Artis 1 Malaysia dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

"Tidak dinafikan kadangkala timbul rasa rindu untuk muncul di kaca televisyen dan layar perak. Tambahan pula hari ini saya dapati kemunculan ramai pelakon baru yang cantik dan berbakat menambah keinginan untuk berlakon.

"Bagaimanapun saya sedar terdapat banyak kekangan seandainya saya mahu kembali berlakon.

"Jadi lebih baik saya fokus pada kerja-kerja harian seperti menguruskan keperluan anak-anak," kata pelakon yang pernah membintangi puluhan drama termasuklah filem sejak tahun 1981.

Ditanya pandangan peribadinya tentang perbezaan cara kerja pelakon baru pada hari ini berbanding pada zaman kegemilangannya dahulu, ibu kepada tiga anak perempuan ini tersenyum.

"Pelakon baru hari ini sangat manja dan bertuah kerana mudah buat kajian watak yang ditawarkan sebab kemodenan arus teknologi pada hari ini. Keadaan itu juga menyebabkan ada dalam kalangan mereka yang mengambil kesempatan atas kemudahan sedia ada.

"Itu yang timbul masalah disiplin seperti lewat datang ke lokasi walaupun kru penerbitan sudah terpacak tiga jam lebih awal. Ada juga dalam kalangan mereka yang langsung tidak membaca skrip dan apabila pengarah sudah bersedia, barulah menggelabah tidak tentu hala.

"Perkara sebegitu tidak berlaku pada zaman saya kerana lakonan adalah satu profesion yang dipikul atas dasar minat yang mendalam. Mereka akan bekerja lebih untuk buat ulang kaji menghayati watak dan bersedia sepenuhnya sebelum masuk ke set penggambaran.

"Hubungan persahabatan kami sesama artis juga sangat kuat dan saling membantu antara satu sama lain sekiranya ada di kalangan rakan ada masalah. Lebih menarik lagi, keharmonian ikatan persahabatan itu masih berkekalan hingga hari ini," cerita Nancie penuh serius.

Ibu kepada Ai Dee, 20, Ai Vee, 17, dan Ai Lee, 12, ini turut melahirkan kebimbangan kerana kekurangan bilangan pelakon bukan Melayu beraksi di pentas dunia hiburan pada hari ini.

"Orang bukan Melayu tidak berminat menjadi pelakon dan bersaing bersama-sama pelakon sedia ada sebab mereka merasakan bahasa sebagai kekangan.

"Saya tidak rasa sebegitu sebab mereka sememangnya boleh memperbaiki kelemahan sedia ada dengan bergaul dengan orang Melayu. Tidak mengapa kalau ada silap sini sana pada peringkat awal tapi selalunya bertambah baik dari semasa ke semasa," kata peminat nombor satu Allahyarham Saloma ini lagi.

Berwaspada tahun ular BERUBAH topik kepada sambutan Tahun Baru Cina membuatkan wajahnya kelihatan ceria kerana dapat berkumpul dengan ahli sekeluarga yang sebelum ini sibuk dengan urusan masing-masing.

"Saya memang menantikan saat-saat dapat bertemu dengan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan kerana pada waktu ini sahaja kita dapat bertukar cerita tentang perkembangan masing-masing.

"Selalunya saya mula menghias rumah seminggu sebelum Tahun Baru Cina dan mengisi angpau untuk diberikan kepada anak-anak dan sanak saudara nanti. Persiapan lain seperti pakaian diri sendiri, suami (Wong Kang Yeow) dan anak-anak dibuat bermula dari tahun lepas lagi.

"Saya tidak suka membuat persiapan pada saat-saat akhir. Begitu juga dengan persiapan makanan. Saya akan pastikan juadah wajib seperti nasi lemak, nasi kunyit, rendang, sambal sotong, sate, kuih muih ditempah terlebih dahulu supaya ahli keluarga yang datang ke rumah dapat menikmati makanan enak.

"Perancangan sebegitu dapat melicinkan kerja dan menambah nilai kepada sambutan Tahun Baru Cina saya sekeluarga ," katanya yang memperuntukkan belanja antara RM4,000 hingga RM5,000 setiap kali menyambut Tahun Baru Cina.

Bercerita tentang tahun ular yang bermula pada hari ini dalam kalendar masyarakat Cina, Nancie memberitahu dia berwaspada kerana kecenderungan sifat haiwan itu sendiri.

"Ular membawa maksud yang negatif. Jadi saya kena berhati-hati dalam setiap urusan perniagaan dan harian saya kerana bimbang ditipu atau dibelit dengan mana-mana pihak.

"Apa pun saya perlu mengusahakan elemen negatif itu bertukar kepada positif," kata Nancie yang turut menerbitkan empat dokumentari sempena sambutan Tahun Baru Cina untuk RTM pada tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.