saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/02/2013

Afee tunaikan amanat GS, Rano

BIARPUN trend muzik silih berganti selain penyanyi serta pemuzik ramai yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan tetapi Utopia tetap terpahat sebagai salah satu nama kumpulan rock tempatan yang terus utuh sehingga kini.

Paling penting bukan setakat nama kumpulan, sebaliknya lagu-lagu Utopia seperti berjudul Maya Percintaan dan Mithali Cintaku tidak pernah jemu didengar apabila ia masih dikumandangkan menerusi saluran-saluran radio.

Namun, ramai peminat yang mungkin tidak tahu dua anggota asal kumpulan itu iaitu GS selaku gitaris dan Rano (dram) telah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Kini hanya Afee iaitu vokalis Utopia yang menjadi anggota asal kumpulan itu.

Menyedari kekuatan lagu-lagu Utopia yang tidak pernah luput ditelan zaman, faktor itu telah mendorong Afee berazam sedaya upaya mahu meneruskan kesinambungan kumpulannya itu dalam persada muzik rock tanah air.

Menurut Afee atau Mohamad Safee Soefjan, tambah menguatkan lagi azamnya itu apabila arwah GS dan Rano telah mengamanahkan kepadanya agar nama Utopia tidak berkubur begitu.

"GS dan Rano pernah berpesan kepada saya supaya meneruskan Utopia jika ada di antara kami yang sudah tiada (meninggal dunia). Rano telah pergi dulu kerana lemas selepas botnya karam di Bagan Datoh, Perak pada tahun 2005.

"Sementara pada 2008 GS pula meninggal dunia kerana serangan penyakit jantung. Mereka berasakan adalah sayang kalau Utopia yang mempunyai ramai peminat dibiarkan berkubur begitu sahaja daripada bidang muzik.

"Pemain bass kami iaitu Iwan pula tidak berminat bermain muzik selepas dia menunaikan ibadah haji tiga tahun yang lepas. Jadi tanggungjawab meneruskan perjuangan Utopia kini terletak di atas bahu saya," katanya kepada Hits baru-baru ini.

Jelas Afee ekoran ketiadaan GS, Rano dan Iwan, dia telah mengambil empat orang anggota baru iaitu Erol selaku gitaris, Joe (keyboards), Anuar (bass) dan Apis (dram) bersama Utopia sejak kira-kira lima tahun yang lepas.

Perjuangan Utopia kemudiannya diteruskan lagi apabila kumpulan lima anggota itu telah menghasilkan album single terbaru mereka berjudul Maafkan Aku pada tahun lalu yang mendapat sambutan para pendengar.

Vokalis berusia 49 itu berkata, sambutan para peminat dapat dilihat berdasarkan kedudukan lagu tersebut dalam carta di kebanyakkan stesen-stesen radio dengan menjadi satu daripada 10 lagu paling popular pada masakini.

"Contohnya lagu Maafkan Aku berada di Carta THR Gegar dan menjadi juara selama lima minggu berturut-turut baru-baru ini. Malah, daripada Carta 30 Lagu-Lagu Terbaik Suria FM, lagu itu berada di tangga yang kesembilan.

"Pencapaian itu membukti Utopia masih relevan dalam persada muzik masakini walaupun pada masa sama kami terpaksa bersaing dengan ramai penyanyi generasi baru seperti Yuna, Najwa Latiff dan ramai lagi," ujarnya penuh bangga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.