saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/02/2013

Agnes Monica seksi, jelik & cantik

TAMPIL dengan imej seksi pada setiap persembahan umpama satu kemestian buat penyanyi Agnes Monica. Dia tidak pernah melangkah dengan stail yang statik dan berulang-ulang. Sebaliknya dia memastikan kehadirannya sarat dengan elemen glamor, ekstravaganza dan terkesan.

Wanita berusia 26 tahun ini dianggap seorang trend-setter dalam bab penampilan, aksesori dan fesyen rambut dalam kalangan generasi muda di Indonesia.

Namun kebanyakan fesyen yang digayakan oleh anak bongsu dua beradik ini kerap mengundang kontroversi kerana imejnya dikatakan terlalu berlebihan.

Misalnya pada majlis final Indonesian Idol 2012 yang berlangsung pada pertengahan tahun lalu, Agnes mencuri perhatian dengan penampilan yang cukup seksi apabila menggayakan pakaian menyerupai warna kulit.

Terbaharu penampilan Agnes di majlis Powering Action Pre-Grammy di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung kira-kira dua minggu lalu turut mendapat perhatian.

Ramai mempersoalkan tindakan Agnes yang mengadakan persembahan pentas bersama Justin Timberlake apabila mengenakan baju singkat dengan rompi bermotifkan batik yang dipadankan dengan seluar jeans pendek.

Kesan daripada tindakan Agnes itu menyebabkan ada segelintir peminat industri hiburan Indonesia kesal dan marah gara-gara rompi kecil itu bermotifkan batik dan tidak menutup bahagian dada Agnes yang terdedah.

Lantaran itu, Agnes sekali lagi dituduh biadab kerana mengulangi kesilapan yang sama sewaktu membuat persembahan dan bertindak sebagai penyampai di American Music Awards yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2010.

Ketika itu, Agnes memakai skirt bermotifkan batik dengan baju berwarna keemasan yang juga terdedah di bahagian dada.

Biarpun Agnes mendakwa untuk memartabatkan batik sebagai busana tradisional Indonesia di mata dunia namun tindakan mengenakan pakaian yang terdedah tidak ‘menghalalkan’ niat itu.

Pada kebanyakan rakyat Indonesia, Agnes yang terkenal sebagai trend-setter sepatutnya tidak dangkal dalam berfesyen.

Biarpun pengisian keseluruhan acara yang disertai itu berorientasi hiburan semata-mata, pada mereka Agnes seharusnya berfikir secara waras untuk menarik perhatian, bukannya mencipta kontroversi.

Tidak hairanlah penerima anugerah Penyanyi Terbaik dan Fesyen Terbaik Media Sosial di Shorty Awards 2012 itu tidak pernah memberi sebarang respons terhadap setiap kritikan gaya dan penampilan dirinya.

Lebih senang ‘tutup mulut’, Agnes juga menerima teguran dengan positif. Tidak melenting, jauh sekali melatah dan menyalahkan pereka fesyen atau menuding jari kepada mana-mana pihak yang membesarkan soal berkenaan.

“Tidak ada satu pun di dalam dunia ini yang asli tanpa menerima sebarang pengaruh. Saya sangat beruntung kerana dilahirkan dan membesar di Indonesia (terutama Jakarta) yang sangat terbuka dalam proses globalisasi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.