saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/02/2013

Filem Bunohan bolot 3 anugerah pertama pada FFM Ke-25

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Filem Bunohan meraih tiga anugerah daripada sepuluh pencalonan pertama pada majlis pembukaan Filem Festival Malaysia (FFM) Ke-25 yang diadakan malam ini.

Filem arahan Dain Iskandar Said itu berjaya meraih Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik yang diterima Imaginex studio bagi pihak mendiang Yuan Tan Tan Wei, Anugerah Penataan Bunyi Terbaik (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex) dan Penataan Seni Terbaik (Dain Iskandar Said).

"Saya tidak menyangka kemenangan hari ini, setiap filem memberi yang terbaik dalam pembikinan filem mereka, kemenangan hari ini merupakan hasil kerjasama produksi yang gigih dan berusaha untuk filem Bunohan," kata Dain.

Majlis pelancaran FFM ke-25 dirasmikan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Pemenang menerima trofi dan wang tunai dari RM10,000 hingga RM15,000 mengikut kategori yang dipertanding.

Anugerah Perdana FFM ke-25 bakal berlangsung Sabtu ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan festival anjuran Finas itu bakal menyaksikan 19 lagi kategori dicalonkan.

Antara kategori itu ialah Anugerah Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Antara filem yang dipertanding ialah Ombak Rindu, Songlap, Bunohan, 29 Februari, SAM, Jiwa Taiko dan Hoore! Hoore!.

Kategori yang menjadi tumpuan ramai ialah Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik.

Untuk kategori Pelakon Lelaki, antara yang tercalon ialah Faizal Hussein, Shaheizy Sam, Pekin dan Zahiril Adzim manakala Maya Karin, Nadiya Nisaa, Vanidah Imran, Sara Ali dan Farah Nazirah bersaing untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Berikut adalah sepuluh Anugerah Pertama yang disampaikan malam ini:

Poster Terbaik: Filem Seefood (Silver Ant Sdn Bhd)

Busana Terbaik: Filem 29 Feb (Hasnan Yaacob)

Penataan Bunyi Terbaik: Bunohan (Raja Ahmad Shaidaley & Imaginex studio)

Lagu Tema Terbaik: Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)

Penataan Seni Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Tee Jing Chen (Hantu Gangster)

Pengarah Harapan: Syafiq Yusof (Filem SAM)

Filem Pendek Terbaik: Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd)

Filem Animasi Terbaik: Ninja VS Pirate (The One Academy)

Skor Muzik Asal Terbaik: Bunohan (Mendiang Yuan Tan Yan Wei) (Imaginex) - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.