saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/03/2013

Pernah dihalau jaga Pasar Seni

KOPRATASA di zaman kegemilangan. Dari kiri, Siso, Usop dan Sani.

SANI Sudin meminati dunia penulisan puisi sejak dia masih di bangku sekolah. Selepas zaman persekolahan dia banyak mendeklamasikan puisi-puisi nukilannya di merata-rata tempat.

Salah satu tempat awal dan menjadi tempat kegemarannya berpuisi adalah di Pasar Seni, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur.

Anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur ini merupakan antara penyajak terawal yang mendeklamasikan sajak-sajaknya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai lalu-lalang itu sejak awak tahun 1980-an.

Semua itu dilakukan bagi mengetengahkan karya-karyanya kepada umum.

Ketika itu Sani bergerak sendirian kerana kumpulan trio Kopratasa yang dianggotainya kini belum ditubuhkan.

Sepanjang membaca puisi di kaki-kaki lima Pasar Seni, anak seni berusia 55 tahun ini telah melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis di pusat tumpuan pelancong itu.

Menurut Sani, dia misalnya pernah beberapa kali dihalau oleh pengawal keselamatan di Pasar Seni kerana mendeklamasikan puisi di situ tanpa kebenaran pihak pengurusan.

Namun, insiden itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dalam dunia puisi sehinggalah ke hari ini.

"Saya mula membaca puisi di merata-rata tempat pada tahun 1983 dan mula serius pada 1986 yang mana pot (tempat) kegemaran saya di Central Market (Pasar Seni).

"Ketika itu saya baca puisi secara solo kerana Kopratasa belum ditubuhkan. Saya membaca puisi di situ dalam satu slot yang dinamakan Di Bawah Tiang Lampu. Selain saya, ada beberapa penyair lain yang juga mendeklamasikan puisi mereka di situ.

"Antaranya Kamarul Haji Yusof, Siso, Imuda, Usop, Sutung Umar RS dan Siti Zainon Ismail. Sepanjang membaca sajak di situ saya telah melalui pelbagai pengalaman termasuklah pernah dihalau oleh pak guard (pengawal keselamatan) Central Market (Pasar Seni) tetapi saya buat bodoh sahaja," katanya kepada Hits.

Bapa kepada tiga orang anak ini berkata, ketika itu dia biasanya akan mendeklamasikan puisi tulisannya di Pasar Seni pada setiap hari Sabtu dan Ahad dari pukul 5 petang hingga 9 malam.

Waktu itu dipilih kerana ketika itulah terdapat ramai warga kota lalu-lalang selain para pelancong asing yang ramai membeli-belah di kawasan sekitar pasar tersebut.

Jelas Sani, meskipun pernah dihalau beberapa kali oleh pengawal keselamatan Pasar Seni, tetapi hakikatnya dia secara tidak langsung berjaya menarik perhatian dengan gelagat dan aksinya yang mampu berkomunikasi secara spontan dengan orang ramai.

"Baca puisi lebih kurang macam orang jual ubat jugalah. Kena pandai tarik perhatian orang ramai, kalau tidak kita cuma sekadar terjerit terlolong baca puisi seorang diri sedangkan orang yang lalu lalang buat tidak kisah sahaja. Itu sudah boleh dikira macam buang air liur sahaja.

"Walaupun pernah kena halau dengan jaga (pengawal keselamatan) di situ tetapi tidak lama kemudian mereka suruh saya datang dan membaca puisi semula di situ.

"Dia orang cakap Pasar Sunyi sunyilah setiap Sabtu dan Ahad tanpa ada orang macam saya," ujarnya sambil ketawa kecil semasa mengimbas semula pengalaman lalunya itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.