saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/03/2013

Bukan jelmaan Elfira Loy

KALAU sudah namanya adik-beradik, sedikit sebanyak pasti akan ada persamaan daripada mata mereka yang memandang.

Meski sama-sama membina nama sebagai pelakon, Ezlisa Loy tidak pernah cuba untuk menjadi seperti kakaknya, Elfira Loy yang kini sudah punya tapak tersendiri dalam industri lakonan tanah air.

Pun begitu, ramai yang mendakwa Ezlisa berusaha untuk menyaingi kakaknya itu dari segi lakonan lebih-lebih lagi apabila namanya tidak segah Elfira.

Tegas menafikan hal itu, kata Ezlisa selagi boleh, dia cuba menjadi diri sendiri dan tidak mahu dibayangi sesiapa.

"Saya tak tiru Elfira atau cuba menjadi seperti dia walaupun semua orang tahu bahawa kami adalah adik-beradik.

"Sebenarnya, saya dan adik bongsu kami, Ezzrin yang mula-mula menceburi dunia lakonan dan ketika itu kami masing-masing masih kecil.

"Tak lama kemudian, barulah Elfira turut serta. Bukan nak kata, tapi dia mendapat perhatian daripada orang dalam industri.

"Sekarang, dalam kalangan kami, Elfiralah yang lebih terkehadapan dan menyinar.

"Tapi itu semua bukanlah faktor untuk saya iri hati atau sebagainya sebab memang sudah rezeki dia," katanya yang mengaku sering disalah anggap sebagai Elfira oleh orang ramai.

Fokus SPMBerusia 17 tahun dan bakal menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun ini, ternyata, pelajar aliran sains tulen ini tidak punya banyak masa untuk melakukan perkara lain selain belajar.

Merasakan dia perlu memberi tumpuan penuh pada pelajarannya, Ezlisa terpaksa memilih tawaran lakonan agar dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.

"Saya tak nafi, tawaran banyak datang tapi saya kena tengok dulu. Bukan memilih kerana cerewet atau perasan bagus tapi sebab saya kena sesuaikan dengan masa belajar saya.

"Sekarang ini pun saya belajar di rumah bersama tutor. Ini peperiksaan besar, jadi saya kena lebih fokus," katanya.

Dalam pada itu, kata anak ketiga dari empat beradik ini lagi, dia juga tidak merancang untuk bertahan lama dalam dunia lakonan memandangkan sasaran sebenarnya adalah untuk mencipta kejayaan dalam kerjaya lain.

"Dari dulu lagi saya dah katakan yang saya tak akan terus berlakon. Saya rancang nak teruskan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian atau kulinari.

"Itu sebab saya nak fokus belajar dari sekarang agar dapat capai cita-cita.

"Dah ada perancangan untuk sambung pengajian di mana. Kalau boleh mahu di luar negara. Tapi tengoklah macam mana," katanya yang diakui Elfira sebagai adiknya yang paling bijak antara keempat-empat adik beradik.

Dalam pada itu, kata Ezlisa, dia bakal muncul dengan telemovie berjudul Adik Mia Kami, arahan pengarah Shuhaimi Lua.

Menurutnya lagi, telemovie itu mungkin yang terakhir buat waktu ini kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada persediaannya menghadapi SPM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.