saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/03/2013

Asmara Songsang

Pementasan Asmara Songsang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

TERJEMAHAN kegiatan gejala sosial melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam bentuk pementasan teater merupakan satu bentuk dakwah dalam membuka minda masyarakat tentang penularan gejala tersebut di dalam negara ini.

Gambaran situasi sebenar kehidupan LGBT dan aktiviti gelap mereka difokuskan dalam pementasan teater muzikal Asmara Songsang secara percuma di Lambang Sari, Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac lalu.

Teater muzikal berlatar belakangkan sebuah taman yang menjadi markas sekumpulan remaja yang mengamalkan aktiviti songsang dengan diketuai oleh individu tertentu itu diarah dan skripnya ditulis Rahman Adam.

Menurut Rahman, karya terbaharunya menyentuh tentang penglibatan golongan LGBT dalam senario politik semasa seperti perhimpunan jalanan dan bukan secara sengaja memasukkan elemen tersebut tetapi hanya menggambarkan situasi sebenar yang pernah berlaku serta tidak tujukan senario itu kepada pihak tertentu.

"Pementasan teater ini adalah sebagai satu usaha membantu kerajaan menentang kewujudan LGBT yang semakin membimbangkan terutama dalam kalangan remaja.

"Dengan pementasan teater ini, ia dapat membuka mata masyarakat terutama ibu bapa yang menonton bahawa perkara itu tidak boleh terjadi di kalangan anak-anak mereka," jelasnya selepas pratonton teater itu baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan berkata, teater tersebut juga tidak mengharapkan keuntungan tetapi lebih kepada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Katanya, kewujudan teater muzikal itu bukan untuk menghukum golongan LGBT tetapi berupaya untuk mendidik serta menyedarkan masyarakat dalam menentang penularannya.

"Kita juga berhasrat untuk membawa teater muzikal ini ke negeri lain dan setakat ini sudah ada beberapa pihak bersetuju," katanya.

Sementara itu, Julia Ziegler yang berlakon sebagai Safika berkata, teater tersebut agak menarik dengan menggabungkan tiga generasi pelakon.

"Saya sangat berpuas hati dengan lakonan pelakon-pelakon dalam pementasan teater ini terutama pelakon muda.

"Bagi saya yang membawa watak Ketua Pemimpin Wanita, saya sentiasa berlatih untuk mengadaptasikan watak saya agar tidak lari daripada peranan sebenar," katanya.

Pementasan teater 100 minit itu membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Razak Ahmad, Radhi Khalid, Kamal Adli, Julia Ziegler, Najwa P.Ramlee dan Chef Yang Jamil dan Abby Rossidi.

Pengarahan teater tersebut turut dibantu oleh penolong pengarah, Roscha, Lokman Ghani (pengarah artistik), dan Pak Ngah selaku pengarah muzik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.