saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/03/2013

Kepantasan Balistik

SESUAI dengan judulnya yang bersifat laju, pergerakan dan perjalanan cerita Balistik - Kelajuan Peluru juga pantas.

Itu yang dapat disimpulkan ketika berpeluang menyaksikan sedutan filem tersebut ketika dipertontonkan usai pasca produksinya yang dijalankan di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Memilih studio The Post Bangkok untuk proses adunan warna dan audio selain kesan bunyi menggunakan sistem Dolby Digital, studio Kantana pula bagi tujuan memindahkan format filem.

Menampilkan gandingan utama Rosyam Nor, Adi Putra, Rita Rudaini dan Rykarl Iskandar selain pelakon berketurunan Cina seperti Jack Lim dan Gan Mei Yan, filem ini mengisahkan tentang tiga anak yatim - Saga, Nizam dan Salina yang dibesarkan bersama di sebuah rumah kebajikan.

Apabila dewasa masing-masing membawa haluan sendiri dengan Saga bergelar pembunuh upahan manakala Nizam menjadi polis dan berkahwin dengan Salina yang juga merupakan bekas isteri, Saga.

Sekalipun mengangkat aksi sebagai daya penarik namun jangan 'terpedaya' kerana filem arahan Silver Yee ini juga mampu mengundang amarah dan air mata.

Itu diakui sendiri oleh Rosyam yang juga penerbit filem berkenaan. Kerana kata Rosyam, Silver menggemari aspek drama dalam setiap buah tangannya yang bertunjangkan aksi.

Silver yang julung kalinya berkolaborasi dengan Rosyam menerusi drama CID pada 2006 sendiri mengakui perkara itu kerana baginya elemen-elemen tersebut memberi 'rasa' dan 'menghidupkan' sesebuah filem.

Justeru tidak hairanlah jika filem ini bukan semata-mata tentang aksi lasak, lagak ngeri dan permainan senjata api tetapi juga debaran dalam emosi, cinta dan kasih sayang,

Balistik - Kelajuan Peluru telah menjalani penggambaran sekitar Lembah Kelang selama 29 hari pada Julai tahun lepas dan dijangka tayangannya pada tahun ini.

Menelan belanja sebanyak RM2.5 juta termasuk kos promosi, filem ini juga menggunakan paling banyak pelakon tambahan selain senjata api bernilai RM45,000 termasuk seribu butir peluru.

Serlah kemampuan Dalam pada itu Rosyam menganggap kolaborasi dengan Silver merupakan gandingan mantap yang menyerlahkan kemampuan dalam bidang masing-masing.

Biarpun bergelar aktor hebat dan telah banyak memenangi anugerah, Rosyam percaya seorang pengarah yang bagus bukan sahaja mampu membawa hala tuju sesebuah penceritaan, lebih penting dapat menyerlahkan kredibiliti seseorang pelakon. Dan itu diperoleh ketika bergandingan dengan Silver.

"Pelakon bukan tentang umur, pengalaman semata-mata tetapi bagaimana seseorang pengarah dan seluruh tenaga produksi membuatkan seseorang pelakon utama itu kelihatan hebat," ujarnya.

Malah kata Rosyam, impian untuk berkerjasama dengan Silver terlaksana menerusi Balistik - Kelajuan Peluru selepas lima tahun menjaja karya yang ditulis bersama itu.

"Saya pernah jaja kepada beberapa produksi tetapi semua ditolak. Jadi saya janji pada Silver, saya tetap akan bikin filem ini bila saya ada duit dan impian itu terlaksana kini," katanya yang berharap kolaborasi tersebut mampu menarik penonton berketurunan Cina untuk menonton filem Melayu.

Sementara itu Silver berkata, dia memang sangat menanti peluang berkolaborasi dengan Rosyam kerana mengagumi aktor tersebut.

"Sudah lama saya simpan impian bekerja dengan Rosyam. Dia idola saya," katanya yang juga merupakan pengarah filem Ah Beng The Movie dan Once Upon A Time.

Kukuh kedudukanBalistik - Kelajuan Peluru merupakan filem sulung terbitan Rosyam di bawah payung RK Screen Sdn. Bhd. bersama rakan kongsinya Datuk Dr. Kelvin Tan dengan kerjasama Asia Tropical Films Sdn. Bhd (ATF).

Berbicara tentang kolaborasi dengan Kelvin atau DK kata Rosyam, semuanya berlangsung tanpa diduga apabila berkongsi tukang jahit yang sama setelah bertemu sejak hampir empat tahun lepas.

"Saya perlukan rakan untuk membawa kapal yang lebih besar dan mudah berlabuh di setiap pangkalan.

"Sudah lama saya mencari tetapi tidak bertemu sehingga saya berjumpa dengan DK," kata Rosyam.

Sementara itu Kelvin mengakui yang dia amat meminati dunia perfileman Melayu kerana merasakan industri tersebut mempunyai masa depan yang cerah.

Malah dia merasakan Rosyam mempunyai bakat dan potensi besar dalam memajukan industri perfileman tempatan.

"Saya mengagumi Rosyam bukan sahaja kerana bakat tetapi dia juga seorang yang ikhlas dan senang bekerjasama.

"Malah bersamanya saya yakin, walaupun saya baru berkecimpung dalam dunia ini, kami boleh melakukannya," kata ahli perniagaan berjaya ini.

Biarpun mempunyai 20 tahun pengalaman dalam dunia perniagaan, Kelvin bagaimanapun memberitahu tidak akan masuk campur dalam perniagaan yang satu ini.

"Tidak boleh ada dua kapten dalam satu kapal. Jadi untuk bisnes ini saya serahkan kepada Rosyam sebagai tunjang. Dia sendiri mempunyai 26 tahun pengalaman. Saya mempercayai kemampuannya.

"Malah saya sentiasa menyokong untuk memperkembangkan platform dan meneroka pasaran yang lebih besar," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.