saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/03/2013

Asmirandah tutup mulut

ISU perkahwinan Asmirandah menjadi tajuk utama media Indonesia selepas pelakon berdarah kacukan Belanda itu mendedahkan keseriusan cintanya bersama Jonas Rivonno sejak tahun lalu.

Biarpun banyak gosip mengatakan Asmirandah bakal menamatkan zaman solo dalam tempoh terdekat namun tiada sebarang jawapan daripada wanita berusia 24 tahun itu.

Berkali-kali wanita yang mesra disapa Andah ini menafikan tentang majlis perkahwinannya bagaimanapun tiada siapa yang mempercayai.

Ini kerana Andah dikatakan sudah membuat persiapan menjelang majlis perkahwinannya dengan Jonas. Perkara itu turut menyebabkan ramai yang berteka-teki tentang tarikh sebenar hari bahagia mereka.

Malah ada yang membuat spekulasi bahawa Andah terpaksa berdiam diri kerana perkahwinannya itu bakal mencetuskan kontroversi berkaitan persoalan agama.

Lebih-lebih lagi situasi tersebut mampu mencetuskan kemarahan umat Islam di Indonesia biarpun amalan berkahwin tanpa menukar agama diizinkan di negara tersebut.

Andah seorang Islam manakala kekasihnya penganut Kristian tidak mahu perkahwinannya mendapat reaksi negatif.

Justeru dia dikatakan tidak mahu memperbesarkan soal perkahwinan kerana mahu mengelakkan spekulasi dan seribu pertanyaan.

Malah pelakon Kahwin Gantung ini kerap merayu untuk tidak berbicara soal tersebut kerana dia tidak mahu perkara itu mengganggu aktiviti harian seninya.

“Saya tidak tahu mahu isu berkahwin ini menjadi besar apabila ada kenyataan balas daripada saya," kata Andah yang kini bergelar sutradara, penyanyi dan penulis ini.

Adakah Andah sehebat Christine Hakim yang menolak cinta Broery Marantika yang tidak mahu memeluk Islam suatu waktu dulu? Mungkinkah Andah sanggup menggadai agama demi cinta?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.