saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/04/2013

Perit kerana kurang popular

SELEPAS 10 tahun menjadi pelakon drama Zara Zya teringin berlakon filem.

ZARA Zya bukanlah nama baru dalam bidang lakonan tempatan. Tahun ini genap 10 tahun dia menjadi pelakon. Bagaimanapun, pelakon kecil molek ini seakan-akan belum betul-betul menyerlah seperti pelakon-pelakon seangkatan dengannya.

Sepanjang sedekad menjadi pelakon Zara yang kini berusia 28 tahun telah membintangi banyak drama televisyen. Sayangnya, dia masih menganggap namanya belum popular di kalangan penonton drama di negara ini.

Menurut Zara, dia akur dengan rezeki yang mungkin belum memihak kepadanya setakat ini. Ekoran itu, dia pernah melalui keperitan hidup sebagai pelakon apabila tidak menerima tawaran berlakon selama hampir enam bulan.

Sepanjang tempoh itu Zara pernah putus sumber kewangan sehinggakan keretanya telah ditarik oleh pihak bank gara-gara tidak mampu menjelaskan bayaran ansuran bulanan. Namun, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlakon sehinggalah ke saat ini.

“Saya pernah tidak ada tawaran berlakon drama selama lima hingga enam bulan menyebabkan saya tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan sehingga kereta Suzuki Swift milik saya itu kena tarik oleh pihak bank.

“Ketika itu saya tidak mampu untuk membayar ansuran kereta itu sebanyak RM800 sebulan. Mujurlah saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang banyak membantu di saat-saat saya sedang berada dalam kesusahan pada ketika itu.

“Emak saya (Kamarul Ain Mohd. Amin) banyak memberi semangat supaya saya tidak putus asa," katanya kepada Hits sewaktu ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri berjudul Tanah Merah di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tanah Merah yang diterbitkan oleh pengarah terkenal Kabir Bhatia itu merupakan drama bersiri terbaru lakonan Zara sebanyak 13 episod yang akan ditayangkan mulai 4 April ini.

Namun, pengalaman pahit itu tidak mematahkan semangat Zara, sebaliknya dia terus berusaha memperlihatkan mutu lakonannya. Antaranya dengan menyertai kelas lakonan yang dianjurkan pelakon Fauziah Nawi selama enam bulan.

“Selain itu, saya juga pernah mengikuti kelas lakonan yang dianjurkan oleh pelakon seperti Datin Marlia Musa dan Shariza Mahmud. Pada masa sama, saya juga meneliti gaya lakonan pelakon lain yang sudah terkenal sekarang ini.

“Contohnya, saya banyak melihat gaya lakonan pelakon seperti Noorkhiriah dan Nadia Nisa dalam drama-drama lakonan mereka yang disiarkan melalui laman YouTube. Daripada situ saya banyak belajar tentang teknik berlakon," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.