saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/04/2013

Atilia ingin aktif di Indonesia

SELEPAS melancarkan album terbaharunya berjudul Indah untuk pasaran Indonesia penyanyi jazz negara, Atilia mengakui dirinya akan bergiat aktif di negara seberang itu pada tahun ini dan 2014.

Mungkinkah dia tidak laku di Malaysia? Oh tidak! Sebenarnya, hasrat Atilia itu adalah ikhlas kerana reaksi dan juga maklum balas yang diterimanya daripada peminat di sana adalah positif.

“Tidak disangka, semasa hari pelancaran album Indah tersebut ramai yang hadir walaupun diadakan secara kecil-kecilan di sebuah kedai buku, Aksara Bookstore, Jakarta.

“Saya sangat gembira melihat kehadiran dan sambutan luar biasa peminat di sana," katanya ketika ditemui sempena pelancaran label fesyen pakaiannya bersama Yasmin Hani dan Daphne Iking iaitu Baajookoo, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pasti, penerimaan itu sedikit sebanyak mengubat kekecewaan tatkala album tersebut kurang mendapat perhatian peminat dan industri muzik tempatan.

Menurut Atilia, album tersebut sebenarnya sudah dilancarkan di Malaysia pada tahun lepas dan kemudian dipakejkan semula dengan kulit album yang baharu sebelum dilancarkan di Indonesia pada 9 Mac lalu.

Selain itu, Atilia juga mengaku dia kini menerima banyak tawaran untuk melakukan persembahan di Indonesia.

“Inilah peluang terbuka kepada saya untuk mengembangkan lagu-lagu jazz yang tidak mendapat tempat di Malaysia. Mungkin ini juga jalan untuk saya membuka kedua-dua pintu Malaysia-Indonesia. Dan saya rasa kita perlu tunjukkan yang kita juga bagus.

“Lagi pun, album kedua ini akan menampilkan lagu duet saya dengan kumpulan muzik di sana seperti bersama Maliq & D‘Essentials dan kumpulan Sore yang juga sangat membantu penerimaan peminat terhadap album tersebut," katanya.

Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron berkata, dia masih mengekalkan konsep jazz seperti album pertama iaitu Sangkar dan gembira dengan penerimaan masyarakat di Indonesia terhadap muziknya.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi popular era 70-an hingga 90-an, Salamiah Hassan itu berkata, dia juga dikatakan umpama ratu jazz negara, Sheila Majid yang juga merupakan idolanya oleh peminat di Indonesia.

“Shiela Majid yang baru. Itulah gelaran yang diberikan peminat di sana dan saya boleh katakan ini adalah satu pujian terbesar kepada diri saya yang boleh membuatkan saya rasa bangga," katanya yang akan berangkat ke Jakarta pada 4 April ini bagi menjayakan satu persembahan muzik Jazz bersama penyanyi Jazz, Andin.

Sementara itu, Atilia kini dalam proses menghasilkan album ketiga yang akan menyaksikan kolaborasi bersama penerbit muzik di sana. Selain itu, album yang dijangka dilancar pada Mac tahun depan juga bakal menyelitkan lagu duet bersama ibunya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.