saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/04/2013

Zamani terkilan persembahan Minggu Setiausaha hari ini dibatal

ZAMANI SLAM

KUALA LUMPUR 9 April - Penyanyi Zamani Slam terkilan kerana persembahan ulung sempena Minggu Setiausaha yang dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang sebelum ini tidak sabar untuk menghiburkan para setiausaha di Kelab Darul Ehsan (KDE), Ampang bagaimanapun akur dengan keputusan penganjur.

Difahamkan penganjur telah memaklumkan pembatalan persembahan tersebut kepadanya sejak seminggu lalu.

"Sebenarnya saya memang tidak sabar untuk mengadakan persembahan kerana ia adalah yang pertama kali.

"Apabila berlaku begini, saya memang sedih dan berharap sangat penganjur dapat meneruskan apa yang telah dirancangkan selama ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain Zamani, persembahan tersebut juga akan diserikan dengan penampilan Fida Ibrahim dan Man Raja Lawak.

Sementara itu, Pengarah Triple Network Solution (M) Sdn. Bhd., Nur Sheila Hussin selaku penganjur persembahan itu berkata, pembatalan persembahan itu disebabkan masalah teknikal dan bukannya kerana gagal mendapat sambutan.

"Jualan meja majlis itu tidak menghampakan. Daripada kira-kira 30 meja yang disediakan, lebih 23 buah meja sudah habis terjual.

"Kami ingin memohon maaf kepada semua peminat tetapi akibat masalah teknikal itu, kami terpaksa berbincang semula tarikh persembahan dalam waktu terdekat ini," katanya.

Isteri Razlan Kristal ini memberitahu, jualan tiket juga diberhentikan buat sementara dan sesiapa yang sudah membeli tiket wang mereka akan dikembalikan bulan ini.

Walaupun dibatalkan, Sheila berkata, artis yang terlibat juga memahami masalah yang mereka hadapi itu dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan daripada peminat yang tidak berpuas hati. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.