saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/04/2013

Siti Nurhaliza

KOLABORASI komposer dan penulis lirik pada Malam persembahan Bengkel Cipta Xpress 2013 anjuran MACP di Port Dickson, Negeri Sembilan, malam Khamis lalu.

BUAH lagu baru diperdengarkan malam Khamis lalu membuktikan yang Bengkel Cipta Xpress Music Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) kali ini berjaya mencapai matlamat seperti yang diharapkan.

Ironinya bengkel yang mengumpulkan 20 orang komposer dan penulis lirik lama dan baru tanah air bergabung selama empat hari bagi merealisasikan penghasilkan lagu-lagu baru secara bersama.

Bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan mereka memerah idea, berkongsi ilmu dan yang terakhir memperdengarkan lagu-lagu baru ciptaan masing-masing untuk dinilai oleh juri.

Menariknya kali ini bengkel itu turut dihadiri oleh Siti Nurhaliza yang turut sama menilai lagu-lagu tersebut untuk dimuatkan ke dalam album pop barunya tidak lama lagi.

Bagi Habsah Hassan selaku Pengerusi MACP, matlamat penganjuran tahun ini berjaya dengan penghasilan lagu-lagu baru seperti yang ditetapkan.

"Pada dasarnya kita mengumpulkan 10 komposer dan 10 penulis lirik untuk bergabung menghasilkan sekurang-kurangnya 10 buah lagu.

"Tapi mereka berjaya buat 15 lagu dan kita pilih 10 sahaja untuk diperdengarkan. Ini cabaran kepada mereka seperti tahun-tahun sebelum ini. Cuma yang paling penting hasilnya itu ke mana.

"Bagi pihak MACP kita bertuah kerana Siti Nurhaliza ada menyatakan hasrat untuk merakam album baru. Atas persetujuan itu lagu-lagu yang terhasil akan diperdengarkan kepada beliau untuk dinilai.

"Jika ada lagu yang sesuai dengan konsep dan disukai akan dimuatkan ke dalam album terbarunya itu. Berapa jumlah tergantung kepadanya sebab segala keputusan di tangan beliau," jelas Habsah.

Namun bagi lagu yang tidak terpilih pula, setiap komposer dan penulis lirik yang terlibat boleh memberikannya kepada mana-mana penyanyi lain untuk langkah seterusnya.

MACP tidak akan 'memeram' lagu mereka sebaliknya akan cuba memberi peluang kepada mana-mana penyanyi yang berminat untuk mendapatkan lagu seperti yang dilakukan sebelum ini.

Terdahulu antara lagu popular yang dihasilkan pada tahun-tahun sebelum ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Sohaimi Mior Hassan dan Ana Rafali, Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur (Hujan) dan banyak lagi.

Tahun ini antara antara nama-nama yang terlibat termasuk Ana Rafali, Abie, Adie 6ixth Sense, Ce' Kem, Aidit Alfian, AD Samad, Marlin Parabakaran, Iman Imran, Awi Rafael dan Tinta.

Turut sama Adnan Abu Hassan, Jeff A To Z, Wan Zul, Keon, Saidin Omar, S. Amin Shahab, Audi Mok, Amylea, Ajai dan Sheikh Qalam. Bagi penyusun (arranger) pula terdiri daripada Bard, Alfa Booty, Along, Gijie 6ixth Sense dan Riza Omar.

Untuk tahun ini lagu Ranjang Berbisik hasil ciptaan S. Amin Shabab dan Saidin Omar telah diangkat sebagai lagu terbaik mengalahkan lagu lain.

Pilih laguSecara peribadi, penyanyi nombor satu negara ini cukup berbesar hati memperdengarkan lagu-lagu yang dihasilkan melalui Bengkel Cipta Xpress MACP kali ini.

Bagi Siti, ini merupakan kali kedua dia bekerjasama dengan badan itu. Sebelum ini dia pernah menggunakan lagu-lagu hasil ciptaan bengkel yang dimuatkan dalam album Lentera Timur yang berkonsepkan irama tradisional.

"Saya anggap ini kerjasama yang baik antara penyanyi dan pencipta lagu. Sejujurnya kesemua lagu yang diperdengarkan memang ada kekuatan masing-masing.

"Buat masa ini saya masih belum lagi memilih mana-mana lagu untuk dimuatkan dalam album yang akan datang tetapi pada dasarnya sudah ada beberapa lagu yang memang menarik perhatian.

"Paling tidak salah satu lagu pada malam ini akan saya rakam sedikit masa lagi dan akan diperdengarkan kali pertama pada konsert solo saya di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada bulan Julai ini," katanya.

Mengakui sedikit memilih karya-karya yang akan dimuatkan di dalam album terbarunya itu, Siti menjelaskan setiap lagu perlu kena dengan konsep dan selera peminat dari semasa ke semasa.

Mengambil contoh lagu-lagu nyanyian Adele yang tidak terlalu urban dan lagu sarat dengan mesej seperti lagu Beyonce, album kali ini juga dilihat sebagai kesinambungan perjalanan kerjaya penghibur kesayangan ramai itu.

"Sebenarnya hasrat nak buat album pop ini sudah lama. Hampir tiga tahun juga saya tak merakamkan album Melayu. Kali terakhir album All Your Love yang merupakan album Inggeris.

"Saya pun tak mahu terus menyanyikan lagu-lagu yang sama. Tapi apa yang paling penting pengisian lagu-lagu kali ini akan menangkap minat semua lapisan umur dan sarat dengan mesej yang positif.

"Untuk mencari lagu-lagu yang berkualiti bukan satu perkara mudah. Bukan setiap album ada masterpiece sebab perkara ini turut dikaitkan dengan nasib.

"Cuma sebagai penyanyi saya sentiasa mengharapkan akan ada lagu yang kuat," katanya yang dijangka akan memulakan rakaman pada bulan Ramadan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.