saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/04/2013

Kenangan perwira

Baharuddin Omar bersama isteri, Nazariah Abu Bakar.
HAMID Gurkha bersama isteri kesayangan Timah Abdul Hamid.

“MAK, tolong... Halau orang itu! Adik tak kenal dia..." kata seorang budak lelaki berusia empat tahun, di pintu saat melihat kelibat seorang lelaki muncul di tangga rumahnya.

Anak kecil itu berkali-kali merayu ibunya supaya tidak membenarkan lelaki yang tidak pernah dikenali itu naik ke rumahnya.

Sebenarnya, lelaki itu bukanlah orang lain. Dia adalah ayah kepada anak kecil itu sendiri, tetapi malangnya si anak tidak lagi mengenali si ayah.

Semuanya gara-gara terlalu lama ayah pergi meninggalkan keluarga tercinta.

“Tetapi, saya tidak pernah sekalipun menyesali apa yang berlaku. Meninggalkan anak dan isteri, demi kerana perjuangan untuk negara, adalah tanggungjawab saya sebagai perajurit negara.

“Mengenang peristiwa anak sendiri tidak mengenali saya, selepas saya pulang dari berjuang di medan perang, sampai ke hari ini, air mata saya akan menitis laju," demikian cerita pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar, 77.

Baharuddin adalah bekas tentera dan telah menabur bakti selama lebih 20 tahun, sejak 1956 hingga 1976.

Menceritakan suasana pilu itu, Baharuddin yang popular dengan gelaran Anjang Aki memberitahu, peristiwa itu membuatkan dia menangis teresak-esak di atas tangga.

Betapa peritnya pengalaman yang dialami Baharuddin sebagai seorang perwira negara pada ketika itu, sehingga anak sendiri tidak mampu mendapat kasih sayang daripada seorang ayah yang pergi untuk berjuang.

Menceritakan lanjut pengalamannya kepada wartawan Utusan Malaysia, beliau berkata, dia terpanggil ke dalam pasukan tentera pada 1956 kerana keadaan negara yang sedang bergolak dan kucar-kacir ditambah dengan suara tuntutan kemerdekaan terhadap penjajah British.

“Semangat saya untuk menjadi seorang askar sebenarnya sudah timbul selepas negara diisytiharkan darurat pada 1948. Tetapi apakan daya pada masa itu saya belum cukup umur untuk memasuki pasukan keselamatan," katanya.

Melihat keadaan sekarang, beliau menegaskan ada lagi rakyat yang masih tidak mensyukuri kemerdekaan yang dikecapi sekian lama dengan kemajuan serta pembangunan yang dialami negara.

“Merdeka bermaksud bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental.

“Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah," katanya tegas.

Menyorot kembali kemerdekaan negara, beliau berkata, ia tidak dicapai dengan begitu mudah dan menyaksikan banyak pejuang kemerdekaan terkorban dalam proses memperjuangkan kemerdekaan.

Baginya, orang sekarang seharusnya bersyukur dengan perjuangan yang dilakukan untuk membebaskan serta memerdekakan diri daripada penjajahan.

Pengalaman lalu juga membuatkan Baharuddin sangat peka dengan isu semasa yang membabitkan perpaduan kaum dan isu yang boleh mengancam keamanan negara.

Ada kalanya, jika tercetus sesuatu perkara yang boleh menggugat perpaduan, Baharuddin akan menangis seorang diri mengenangkan tanah air yang dulunya diperjuangkan untuk mendapatkan keamanan.

“Tetapi, kini semua itu bagaikan semakin hilang apabila sesama bangsa mempertikaikan isu yang tidak wajar dan ada kalanya tidak masuk akal.

“Begitu juga dengan peristiwa pencerobohan Lahad Datu baru-baru ini sehingga ada pihak yang mempertikaikan perjuangan dan semangat para pewira kita," katanya.

Masih terasa

Memasuki Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1952 yang dianggap sebagai ‘tidak sengaja’, Hamid Gurkha berkata, pengalaman berjuang dan mempertahankan kedaulatan negara selama tujuh tahun dengan pangkat prebet sentiasa terpahat dalam ingatan.

Oleh sebab itulah pelakon dan pelawak veteran itu berkata, setiap kali mendengar ancaman yang berlaku sehingga mencabar keamanan negara, beliau akan rasa terpanggil untuk kembali ke medan perjuangan.

“Walaupun sudah lama bersara, saya sentiasa terasa berada di medan perjuangan setiap kali mengikuti situasi seperti di Lahad Datu.

“Saya sehingga kini merasa seakan-akan berada di sana. Berdebar-debar melihat perajurit kita di perbatasan," katanya.

Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 80, juga sempat berpesan kepada anak-anak muda sekarang supaya berjuang demi agama, bangsa dan negara ketika memberi penjelasan lanjut mengenai sikap sesetengah pihak yang suka memperlekehkan semangat para pejuang tanah air.

“Janganlah bercakap yang tidak baik kepada mereka yang mempertahankan negara. Saya dah rasa hidup di zaman British, Jepun dan Komunis.

“Hargailah kemerdekaan yang kita dapat hasil penat lelah perajurit yang telah ramai terkorban. Pesan saya kepada semua tentera yang mungkin sebaya anak-anak saya, jangan takut mati! Hapuskanlah semua penceroboh," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.