saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/05/2013

"Saya bukan gay"

Anding tidak mahu terlalu memikirkan tuduhan orang ramai kerana dia tahu siapa dirinya yang sebenar.

MEMULAKAN kerjayanya dalam bidang seni melalui rancangan realiti TV sekitar tahun 2004, namun Anding Indrawani masih belum boleh mendabik dada dalam bidang seni.

Malah, Anding juga dilihat tidak menonjol dalam bidang nyanyian mahupun bidang lakonan. Kedua-duanya dilihat mendatar.

Namun, bagi jejaka berbadan tegap ini, biarpun kelibatnya dalam bidang seni seakan-akan tidak kelihatan, dia tetap bersyukur dengan apa yang dicapainya sekarang.

Namun, sebagai seorang artis, semestinya kontroversi akan terpalit pada diri mereka.

Begitu juga dengan Anding. walaupun dia sedaya upaya mengelak untuk mengutip publisiti murahan melalui kontroversi, ia sesuatu yang tidak boleh dielak.

Seakan sudah lali dilabel sebagai seorang gay, walaupun hakikatnya tidak, Anding mengakui masih terpalit rasa kecewanya sehingga kini.

“Orang labelkan saya gay dan macam-macam lagi. Memang sebenarnya saya bukan gay, malah tuduhan itu tidak berasas.

“Malah, sehingga kini, orang berkata saya gay dan saya tidak kisah tentang perkara itu dan malas hendak layan. Tipulah kalau saya kata tidak kecewa dengan apa yang dilemparkan.

“Tetapi hendak buat bagaimana. mulut sendiri kita boleh tutup, tetapi mulut orang kita tidak boleh buat apa-apa. Terima sahajalah apa yang orang hendak kata," jelasnya.

Tambah Anding lagi, di saat pertama kali dia menceburi bidang, dia mengakui bila berita buruk mengenainya keluar, ia mengganggu emosi dirinya.

“Masa mula-mula dalam bidang seni itu memang saya akui agak tertekan bila berita buruk mengenai saya keluar.

“Saya kadang-kadang sampai fikir mana hendak letak muka saya. Tapi lama-kelamaan, saya sudah semakin biasa dan tidak kisah lagi," ujarnya.

Ditanya mengenai penerimaan keluarganya pula mengenai tuduhannya itu, jelas Anding, semua orang disekelilingnya sudah memahami dan tahu perkara sebegini akan berlaku.

“Keluarga okay. Mereka dah memahami dengan kesan yang akan terjadi kepada saya bila menjadi seorang artis.

“Malah, bapa saya pesan kepada saya, inilah yang terpaksa dihadapi bila saya menjadi seorang artis," tuturnya.

Cuma bagi Anding, jika ada kontroversi buruk mengenainya keluar di dada akhbar, dia lebih selesa jika ibu dan bapanya tidak membaca berita mengenainya itu.

Menurutnya, dia akan menyuruh adik-beradiknya supaya tidak membeli surat khabar yang mempunyai kontroversi berkaitan dirinya supaya ia tidak sampai ke pengetahuan ibu bapanya.

“Bukannya saya hendak sorok apa yang media keluarkan tentang saya daripada pengetahuan ibu bapa saya. Cuma ia adalah untuk kebaikan.

“Bapa saya tidak sihat dan menghidap penyakit parkinson, jadi saya rasa adalah lebih baik untuk dia tidak mengetahui perkara buruk tentang saya supaya kesihatannya tidak terjejas," ujarnya.

Mengulas mengenai sama ada tuduhan dirinya gay itu menganggu kerjaya seninya, jelas Anding, dia mengakui ia sedikit sebanyak mengakui perkara itu mengganggu perkembangan seninya.

“Menjadi seorang yang gay atau homoseksual itu adalah sesuatu yang tidak diterima di sini.

“Malah, kalau kita tengok, Ricky Martin juga terjejas kerjayanya bila dia mengakui dia seorang gay apatah lagi saya," jelasnya.

Gugup pegang teraju utama

Walaupun kurang mendapat publisiti di kaca televisyen dan dada akhbar, kerjaya seni Anding sebenarnya tetap boleh dibanggakan.

Terbaharu, dia akan terlibat dalam sebuah Teater Muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! terbitan Masa kini Theatre Company yang bakal diadakan di Istana Budaya.

Memegang watak utama dalam teater ini bersama nama-nama besar dalam dunia teater, Anding jelas berasa gugup untuk membawakan watak utama itu.

“Memang gementar sebenarnya apatah lagi memegang watak utama. Penonton pasti akan mengharap sesuatu daripada saya sebagai watak utama.

“Namun saya yakin dengan diri dan cuba buat yang terbaik. Malah di setiap latihan saya akan lakukan yang terbaik supaya dapat membawa watak Ilham," jelasnya.

Bekerja dengan nama-nama besar teater seperti Adibah Nor, Nadia Aqilah dan Tony Eusoff, jelasnya dia berasa teruja dan seronok bekerja dengan mereka.

“Saya masih baru dalam dunia teater. Memang sebelum ini saya ada terlibat dengan dunia teater tetapi pengetahuan saya belum tinggi.

“Banyak yang saya belajar daripada mereka yang otai-otai ini dan pastinya akan menjadi pengajaran berguna buat saya," katanya.

Berkongsi cerita mengenai watak Ilham, jelas Anding, watak tersebut sangat berbeza dengan dirinya.

“Ilham adalah seorang watak yang sangat berani berhadapan dengan pelbagai konflik. Banyak yang saya belajar melalui watak Ilham," jelasnya.

Teater ini bakal menemui penonton pada 10 hingga 19 Mei ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.