saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/05/2013

Mira Filzah tumpu pelajaran

MULA menceburkan diri didalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun, siapa sangka rezekinya kini mula menyapa bidang lakonan pula. menurut gadis yang berasal dari Bangi, Selangor ini, penglibatannya di dalam bidang lakonan bermula apabila namanya di cadangkan sendiri editor Majalah Hijabista.

Mengambil peluang tersebut Nur Amirah Filzah Badiozaman,20, kini merupakan pelakon utama Dunia Lola iaitu salah satu segmen yang terdapat di dalam program TV Hijabista yang ditayangkan setiap Ahad pukul 7 Malam di saluran Astro Ria.

Masih bergelar pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa, menurut Mira buat masa ini bidang lakonan masih bukan menjadi pilihan hatinya.

"Saya masih ada tanggungjawab sebagai pelajar, yang mana ini juga merupakan permintaan ibu bapa saya untuk melihat anak mereka berjaya di dalam bidang pelajaran.

"Semua keputusan ini saya serahkan kepada mereka. namun jika mereka benarkan sekalipun, saya akan pastikan dunia lakonan tidak akan menganggu jadual pengajian saya," katanya.

Sungguhpun Dunia Lola sekadar menghiasi salah satu segmen yang terdapat di dalam program tersebut, bagi Mira peluang untuk muncul sebagai pelakon utama segmen tersebut merupakan antara rezeki yang tidak pernah disangkakan.

"Saya langsung tidak mengimpikan untuk berada di dunia lakonan.

"Namun diberi peluang berada di samping beberapa nama besar seperti Nelydia Senrose, benar-benar membuka mata saya mengenai keadaan sebenar industri ini," katanya.

Merupakan kali pertama berlakon, bagi Mira, ternyata pengalaman itu agak sukar untuk dijelaskan dirinya.

"Memang mula-mula itu saya rasa agak gugup, maklumlah tidak pernah berlakon sebelum ini.

"Namun saya bersyukur untuk terus diberikan peluang, untuk mengemudi Dunia Lola bersama beberapa pelakon lain yang boleh saya anggap banyak membantu saya," katanya.

Bercerita mengenai watak yang dibawakan dirinya, menurut Mira watak ini mudah dijiwai dirinya kerana banyak memperkatakan tentang fesyen bertudung.

"Ia mengenai seorang gadis yang dihalang cita-citanya untuk bergelar seorang pereka fesyen.

"Kalau diikutkan kisah ini memang dekat dengan saya memandangkan saya memang suka dunia fesyen," katanya tersenyum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.