saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/05/2013

Marsha buang keluarga?

Saya tak nafi, situasi itu ada berlaku. Orang macam main-main, tersalah sebut nama Londoh jadi Londeh la... Lendehla... apa-apa saja.

Nama dah ditukar. Daripada Marsha Milan Londoh sekarang Marsha cuma mahu dikenali dengan nama Marsha Milan. Kenapa buang nama keluarga?

Jangan tuduh saya buang keluarga. Saya tak buat begitu. Memang saya akui, saya dah tak guna nama Marsha Milan Londoh sebaliknya mahu orang kenal saya sebagai Marsha Milan. Tapi bukan kerana saya dah tak mahu ada kaitan dengan keluarga lagi. Mereka adalah tulang belakang saya, takkanlah saya nak buang.

Jadi apa ceritanya?

Kalau orang kata saya buang nama keluarga itu salah. Milan itu nama bapa saya. Londoh adalah nama keluarga turun temurun. Jadi siapa kata saya buang keluarga? Semuanya bermula bila saya menjadi hos program Propaganza. Mereka kata nama saya panjang sangat, jadi guna sajalah Marsha Milan. Itu saja.

Betul ke? Bukan sebab geram atau sakit hati pada sesetengah pihak yang suka mempermainkan nama Marsha?

Saya tak nafi, situasi itu ada berlaku. Orang macam main-main, tersalah sebut nama Londoh jadi Londeh la... Lendehla... apa-apa saja. Tak tahulah kalau memang ada yang sengaja buat-buat tersalah sebut kan. Tapi apa pun, secara positifnya, saya fikir itu adalah satu strategi yang baik buat karier saya juga. Saya mahu orang nampak saya matang.

Kenapa baru sekarang? Kenapa dari dulu Marsha tak buat macam itu?

Macam inilah, saya dah lalui banyak perkara sepanjang saya bergelar anak seni dalam tempoh lapan tahun ini. Memang sebelum ini ada terfikir untuk tukar nama. Alasannya sebab saya nak orang lihat yang saya sudah boleh berdiri sendiri tanpa dibayangi dengan nama dulu yang lebih sinonim dengan AF.

Iyakah? Bukan sebab kalau tukar nama barulah Marsha rasa lebih standard. Ala-ala artis antarabangsa macam itu?

Bukanlah. Tak ada niat pun nak poyo atau perasan. Saya yakin, orang dah boleh nampak saya sekarang berlakon, menyanyi dan mengacara. Dengan nama itu, saya dapat kukuhkan kedudukan saya sebagai artis yang lebih matang. Itu satu progres yang baik. Sebenarnya tak ada isu pun sebab saya masih adalah Marsha yang sama.

Kerap mengaitkan nama dengan faktor kematangan. Kalau macam itu, sejauh mana Marsha mampu mengukur tahap kematangan Marsha sebagai seorang artis?

Iyalah, bagaimana saya mampu berdiri sekarang sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pengacara, semua itu bukan senang. Itu mengambil banyak faktor untuk saya belajar dan kekal dalam industri sebagai diri saya. Perlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Semua itu saya rasakan sudah berbayar. Cuma banyak lagi yang perlu saya belajar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.