HIBURAN
ARKIB : 28/05/2013
Sujud di kaki ibu

WALAU seburuk atau sejahat mana mak, dia tetap mak Afiq. Sebagai anak, Afiq harus mohon maaf dan sujud di kakinya. Afiq perlu lakukan itu dengan ikhlas bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk."
Itulah antara nasihat awal yang diberikan oleh penerbit Station Global Sdn. Bhd., Datin Zaiton Mohd. Jiwa kepada pelakon muda Afiq Muiz atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21.
Menurut Zaiton atau mesra dengan panggilan Kak Ton, dia menasihati Afiq yang merupakan artis residen Station Global seperti mana seorang ibu menasihati anak.
"Kak Ton banyak beri nasihat pada Afiq tentang hubungannya dengan mak dia. Sebagai seorang ibu, Kak Ton sedih melihat perkara ini berlaku pada Afiq dengan mak dia kerana seorang anak perlukan doa dan restu ibu untuk berjaya.
"Kak Ton kata pada dia, walau apa sekali perangai mak terhadap kita, sebagai anak kita perlu mengalah dan mohon maaf kerana syurga di bawah telapak kaki ibu," ceritanya kepada Hits.
Jelas Zaiton, sebagai penerbit yang mengambil Afiq menjadi artis residen adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menasihati pelakon muda itu agar tidak tersasar lebih jauh dalam persengketaan dengan ibunya itu.
Tangguh
Tambahnya, Afiq mempunyai pakej untuk dibentuk menjadi pelapis barisan pelakon lelaki dan berdasarkan faktor itu jugalah dia memilih pemuda itu sebagai artis residen pertama Global Station.
"Kak Ton ambil Afiq sebab pertama kali lihat dia, Kak Ton tengok budak ini tidak cakap banyak dan hormat orang tua.
"Lagipun Kak Ton sudah ada beberapa projek untuk dia, jadi untuk memudahkan dia, Kak Ton ambil Afiq jadi artis residen bermula awal tahun ini.
"Tak sangka pula perkara begini boleh berlaku. Apa pun Kak Ton tidak boleh sewenang-wenang menyingkirkan dia sebab semua itu sudah tertakluk kepada kontrak.
"Sekarang ini Kak Ton hanya boleh berdoa dan berharap agar stesen televisyen tidak meminggirkan dia kerana kalau itu terjadi kasihan budak itu," katanya terus terang.
Katanya, Afiq yang menandatangani kontrak sebagai artis residen selama setahun telah pun menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod, Orang Gaji IQ untuk siaran di RTM.
"Sebenarnya Kak Ton risau juga apabila perkara ini terjadi kerana semua projek yang membabitkan Afiq telah diluluskan oleh pihak stesen TV.
"Sekarang ini Kak Ton terpaksa tangguh dulu satu drama yang membabitkan Afiq.
"Mana yang sudah selesai itu, Kak Ton hanya boleh berdoa sahaja agar tidak ada apa-apa bantahan. Kak Ton tahu semua stesen televisyen kalau boleh mahu tonjol artis yang bersih daripada kontroversi sebab artis ini ikon," katanya.
Namun katanya, apabila persengketaan antara Afiq dan ibunya, Hasliza Mohd. terjadi, dia terkejut kerana mengenali pelakon itu pada awalnya bukanlah berperangai sebegitu.
Dalam pada itu, Zaiton tetap berharap Afiq akan beralah dan memohon maaf serta bersujud kepada ibunya dengan ikhlas agar hidupnya kembali tenang selepas ini.
Tambahnya, Afiq tidak boleh mengikut perasaan semata-mata kerana apa yang berlaku ke atasnya adalah dugaan daripada Allah dan dia perlu menyelesaikan kemelut itu dengan segera, jika mahu hidup tenang dan berjaya dalam kerjaya.
Kasih Malaysia - Vietnam
Cinta atau sahabat
Erin belum jawab!
Komitmen Nad Zainal
Du’a tumpang populariti?
Awi Rafael tidak kisah
Afee Utopia kini 'duta'
Kenapa Faizal Tahir kurus?
Papar kehidupan masyarakat Asia
Tidak salahkan media
Belum fikir pencen
Cinta diuji
MLTR kembali
Chacha temui cinta baharu
Madeena buah hati Mizz Nina
Ihsan insani Azmil Mustapha
‘Wanita tak suka saya’
Pernah berpisah
Watak kameo beri impak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












