saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/06/2013

Dynas digelar ‘mama vogue’

PENAMPILANNYA masih sama seperti dulu. Masih bergaya dan ‘vogue’. Begitulah kehidupan Dynas Mokhtar walaupun sudah bergelar ibu kepada dua anak.

Sekalipun ada yang menyifatkan zaman kegemilangan Dynas sudah berakhir, pelakon bernama penuh Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar masih lagi aktif berlakon dan menguruskan perniagaan, Dynas Nursing Attire (DNA).

Rupanya banyak pengorbanan yang dilakukan Dynas bagi mengimbangi keluarga dan kerjaya.

Dalam perihal pemakanan misalnya, Dynas bukan sahaja memastikan diet yang sihat untuk dirinya, dia turut mendidik dua anaknya, Khyra Khalyssa, dan Muhamed Haqaish tentang pilihan makanan yang baik.

“Dynas menyusukan Khyra dan Haqaish secara eksklusif dan Dynas mahu menggalakkan ibu-ibu di luar sana untuk menyusukan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Susu ibu adalah makanan yang berkhasiat untuk anak-anak anda," ketika ditemubual tentang kempen Mum’s Little Secret oleh Jacob’s.

Bagi memastikan anak-anaknya mendapat makanan seimbang, Dynas akan menghidangkan makanan yang menarik. Misalnya, untuk menyediakan nasi berlauk, Dynas akan menyusun sayur dan lauk yang lain dengan cantik dan berwarna-warni.

Katanya, walaupun hanya menghidangkan biskut Jacob’s, Dynas akan pastikan ada bahan lain yang menarik seperti jem merah strawberi atau dihidangkan bersama sup cendawan.

“Walaupun sibuk dengan kerja, saya akan pastikan menu yang saya hidangkan adalah sihat. Sebagai ibu bapa kita perlu memulakannya, barulah anak-anak boleh mencontohi," ujarnya.

Ditanya tentang penjagaan bentuk badannya, Dynas memberitahu, aktiviti menjaga anak-anak dan menguruskan hal rumah tangga banyak membantunya berpeluh.

Bahkan dia seperti melakukan aktiviti senaman tatkala bermain dengan anak-anaknya.

Pun begitu, Dynas tetap mengutamakan makanan sihat dan senaman untuk kekal cergas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.