saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/07/2013

Pengaruh Siti Nurhaliza

LAGU tak perlu bergantung pada fengshui untuk popular," kata Siti Nurhaliza Tarudin, merujuk kebanyakan lagu dendangan sebelum ini yang pasti mendapat sambutan hebat biarpun kali pertama diperdengarkan. Sebaliknya penyanyi nombor satu Malaysia ini begitu yakin kepada keindahan melodi dan kekuatan lirik sesebuah lagu untuk menambat hati pendengar. Selain itu anak kelahiran Kampung Awah Temerloh, Pahang ini juga percaya keikhlasan seseorang anak seni untuk berkongsi bakat semulajadinya pasti akan menambat hati khalayak.

Lantaran itu Siti memilih hanya naskah terbaik buat dirinya. Itu pun selepas melalui proses perbincangan yang serius sebelum mendapat kata persetujuan.

Satu lagi perkara yang dititikberatkan Siti adalah pemilihan judul lagu. Dia akan memastikan judul lagu yang dibuat perlu positif bagi menyebarkan pengaruh baik buat pendengar.

Memberi contoh single terbaharu berjudul Lebih Indah yang diperdengarkan buat pertama kali di konsert Siti Nurhaliza In Symphony diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) baru-baru ini, Siti menyifatkan itu sebagai perkongsian hidup.

Menerusi lagu tersebut Siti mengabadikan semangat dan berkongsi perasaan saat menjaga suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang pernah terlibat dengan kemalangan pada tahun lalu.

"Siti tak nafikan memang kebanyakan lagu-lagu yang dinyanyikan Siti ada cerita tersendiri. Siti sengaja buat macam itu sebagai penanda kehidupan Siti sendiri.

"Contohnya lagu Biarlah Rahsia (popular saat masyarakat sibuk memperkatakan tentang siapa bakal suami Siti pada tahun 2007) secara tak langsung mendekatkan perasaan yang dialami Siti pada waktu itu kepada peminat.

"Justeru Siti amat prihatin dalam soal pemilihan judul lagu. Kalau boleh Siti mahu sesuatu yang boleh mendatangkan faedah kepada semua.

"Dan bukan sekadar satu judul yang diletak tanpa memberi apa-apa pengertian," kata Juara Bintang HMI 1995 yang telah menghambakan diri dalam bidang seni sejak 18 tahun lalu.

Pada persembahan selama tiga hari di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur yang berlangsung minggu lepas itu, Siti turut mendendangkan himpunan lagu popularnya seperti Kau Kekasihku, Badarsila selain Senandung Semalam (nyanyian asal Datuk M. Nasir) dan Terasing (Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad).

Menanam impian

KEJAYAAN membuat persembahan di DFP juga secara tidak langsung membakar semangat Siti untuk mengadakan persembahan di luar negara pula.

Sehingga ke hari ini, pentas berprestij seperti Royal Albert Hall London dan Panggung Esplanade, Singapura telah 'dijajah' Siti.

Lantaran itu Siti menyimpan hasrat untuk membuat konsert di Opera House Sydney, Australia satu hari nanti.

"Siti pernah masuk ke dalam dewan Opera House Sydney sewaktu menjadi Duta TM Net pada 2002. Sejak kaki dapat melangkah ke situ lagi, Siti dah pasang niat untuk membuat persembahan di sana.

"Siti yakin impian ini bukan angan-angan semata-mata. Pasti akan jadi kenyataan satu hari nanti," katanya yakin.

Dalam perkembangan berkaitan, Siti bakal membuat konsert solonya bersama Orkestra Tradisional Malaysia di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), September ini.

Selepas itu Siti bakal beraksi di sebuah konsert bersama Yayasan Nurjiwa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dirancang sekitar November depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.