saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/07/2013

Popular itu macam Aaron Aziz - Alif Satar

"Tak popular tak apa dan saya tak pernah salahkan sesiapa pasal hal ini. Mungkin masanya belum lagi untuk saya ke arah itu"

BANYAK yang melahirkan ekspresi bingung untuk mengenalpasti yang mana Alif Satar dan yang mana pula Aliff Aziz. Nama mereka yang hampir sama menyebabkan ramai yang sering tersalah apabila cuba membezakan kedua-dua artis ini.

Biasanya, nama Alif Aziz yang lebih diingati berbanding Alif Satar.

Itu bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan Alif Aziz sering dikaitkan dengan gosip dan kontroversi cinta.

Sedangkan Alif Satar pula jarang sekali muncul dalam ruang publisiti dengan cerita-cerita sebegitu.

Lalu menjadikan Alif Satar kurang mendapat tempias populariti berbanding anak kelahiran Singapura itu.

Ketika diajukan pertanyaan ini, Alif sedikit pun tidak terkejut. Malah kata pelantun lagu Lelaki Seperti Aku ini, dia tidak pernah peduli akan hal popular atau tidak kerana apa yang menjadi fokus utamanya adalah perjalanan kerjayanya.

"Betul, kalau cakap pasal popular atau tidak, saya memang tak kisah pun. Sepanjang lapan tahun dalam industri sejak terlibat dalam program realiti One In A Million (OIAM), saya bukannya nak kejar glamor.

"Saya akui tak banyak gosip dan itu menyebabkan saya jarang mendapat publisiti. Jarang keluar surat khabar atau majalah sebab tak ada kontroversi.

"Dari satu sudut, betul, orang tak anggap saya popular. Tapi cuba lihat dari satu sudut lain, saya okey sahaja dengan situasi itu sebab membolehkan saya menikmati hidup dengan tenang dan normal," katanya.

Berbicara lanjut kata Alif, dia juga berlapang dada dengan situasi ini kerana baginya cukup jika orang mengenali dirinya sebagai seorang penyanyi dan pengacara.

"Bagi saya popular itu macam Aaron Aziz. Saya tak popular tak apalah asalkan orang kenal saya sebagai Alif Satar. Itu dah memadai.

"Selain itu, asalkan hubungan saya dengan orang industri baik dan saya boleh buat kerja dengan tenang, itu juga baik.

"Saya selesa cara ini. Tak popular tak apa dan saya tak pernah salahkan sesiapa pasal hal ini. Mungkin masanya belum lagi untuk saya ke arah itu," katanya.

Tetap lakuMeski mengaku tak popular dan tak banyak publisiti, Alif bagaimanapun bersyukur kerana setiap kali muncul dengan single baru, produknya menjadi.

Tak semua artis dapat merasai hal ini kerana bergantung kepada lagu yang berkualiti, enak didengar dan nasib artis itu.

Ternyata, Alif beruntung kerana tuah sentiasa ada untuknya.

"Setakat ini, lagu-lagu saya rata-ratanya hits. Contohnya macam lagu Nakal, Lelaki Seperti Aku dan Pendusta.

"Orang kenal saya menerusi lagu saya itu pun sudah cukup baik," katanya.

Dalam pada itu, berbicara mengenai projek barunya menurut Alif, dia kini sedang sibuk dengan persiapan album ketiga yang akan dilancarkan selepas raya merangkumi single baru berjudul Akhiri Penantianku.

Menariknya kata Alif, dia juga akan muncul dengan single Inggeris berjudul Sliding Door yang menyaksikan Alif mendapat sentuhan komposer terkenal antarabangsa.

Menurut Alif, komposer terlibat dalam penghasilan lagu Toxic nyanyian Britney Spears dan beberapa buah lagu nyanyian band boy popular, One Direction.

Kata Alif, dia bertuah kerana diberi peluang yang tidak dijangkakan itu.

"Lagu itu sangat istimewa dan saya secara peribadi suka dengan sentuhan gubahan lagu itu. Alhamdulillah, rezeki saya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.