saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/07/2013

Cecah RM200,000

SITI Nurhaliza terus mendapat kepercayaan syarikat rakaman untuk merakamkan album baharu.

MELABURKAN wang dalam jumlah yang besar bagi merealisasikan sebuah album ketika pasaran muzik yang semakin dingin? Jawabnya, memang satu risiko yang amat besar.

Namun, Pengurus Besar Rumpun Records, Mujahid Abdul Wahab sangat yakin, pelaburan besar yang dibuat untuk Datuk Siti Nurhaliza memang sesuatu yang dijangka tidak akan merugikan.

"Sebenarnya RM200,000 itu cumalah untuk penerbitan album itu sahaja. Jumlah perbelanjaan itu sebenarnya belum lagi melibatkan promosi dan pembikinan muzik video," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia.

Ditanya tentang keberanian pihaknya melaburkan wang yang besar itu, jelas Mujahid, keuntungan diletakkan ditempat kedua.

"Bagi saya, Datuk Siti adalah aset negara. Bila menyentuh perkara ini, memang keuntungan menjadi nombor dua.

"Apa yang penting ialah untuk menghasilkan sesuatu yang bertaraf antarabangsa sesuai dengan status Siti sendiri sebagai aset negara," jelasnya.

Tambah istimewa, album terbaru Siti juga bakal menggunakan 24 pemuzik daripada kumpulan orkestra City of Prague.

Aubrey Suwito akan menjadi konduktor muzik dan rakaman akan dijalankan di Singapura. Rakaman muzik akan dijalankan melalui hubungan Internet daripada studio ke studio.

"Mastering pula kita akan buat di studio Sterling Sound di New York. Ia adalah studio yang pernah menghasilkan rakaman album bintang Hollywood seperti Beyonce dan Mariah Carey," katanya.

Sementara itu, Siti pula ketika ditanya mengenai keyakinannya terhadap pasaran muzik tempatan, percaya masih ada ruang untuk artis terus menyampaikan karya mereka.

"Saya yakin pasaran muzik tempatan masih lagi kuat. Kerana itu saya mahu menghasilkan yang terbaik buat peminat muzik tempatan," ujarnya.

Mengulas mengenai perkembangan proses rakaman itu, jelasnya, minggu depan dia akan mula merakam empat lagu dahulu.

"Untuk album kali ini, saya akan lebih berhati-hati daripada segi pemilihan lagu untuk memastikan semua lagu-lagu yang terdapat dalam album boleh menjadi hits seperti album Transkripsi saya yang terdahulu," jelasnya.

Untuk album terbaharunya itu, Siti turut mendapatkan dua lagu ciptaan pemuzik Indonesia. Salah satunya adalah lagu nukilan vokalis ST12, Charlie.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.