saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/08/2013

Teruskan perjuangan dakwah

Sudah empat tahun, namun bagi kami, pemergian arwah masih terasa baru

KUMPULAN Rabbani pada suatu ketika dahulu pernah menjadi kumpulan nasyid yang paling popular apabila lagu-lagu berkonsep keagamaan dan ketuhanan yang mereka dendangkan berjaya menarik minat ribuan malahan jutaan peminat dari seluruh negara.

Kumpulan yang digerakkan oleh 13 orang pada awalnya khususnya melalui seorang individu yang memainkan peranan utama, Ustaz Asri Ibrahim seolah-olah terhenti apabila Asri pergi secara mengejut pada 13 Ogos 2009 setelah mendapat serangan sakit jantung.

Namun begitu, kehilangan insan istimewa itu tetap tidak mematahkan semangat juang anggota kumpulan Rabbani yang masih terus berpegang kepada matlamat asal penubuhan mereka, iaitu untuk berdakwah melalui medium seni.

Jelas Azadan Abdul Aziz, yang juga merupakan individu paling rapat dengan Asri, walaupun sudah kira-kira empat tahun arwah pergi meninggalkan mereka, Rabbani masih kekal sebagai salah satu kumpulan nasyid popular tanah air.

"Tidak dinafikan pada awal pemergiannya, kami semua berasa terkejut dan sedih. Dunia seolah-olah terhenti kerana umum tahu, dia banyak memainkan peranan utama dan tulang belakang perjuangan Rabbani.

"Semua pihak menjangka Rabbani pasti akan jatuh kerana kehilangan pemain utamanya, namun jangkaan tersebut ternyata silap.

"Ini kerana tahun pertama kehilangan arwah, Rabbani mendapat pelbagai undangan sehingga tidak menang tangan dibuatnya," katanya yang ditemui sewaktu Majlis Ramadan Bersama Rabbani di N'dah Mahligai Restaurant & Catering, Shah Alam baru-baru ini.

Selain Azadan, kumpulan nasyid yang popular dengan lagu-lagu seperti Pergi Tak Kembali, Intifada dan Apa Yang Kau Tahu ini kini dianggotai seramai lapan orang ahli, kurang lima berbanding jumlah asal mereka.

Mereka adalah Azadan, Zulkiflee Azman, Asri Ubaidillah, Rahmat Shafie, Lokman Abdul Aziz, Rithaudeen Yaakob, Nazrul Azhar Tamrin dan juga Mohd. Afendi Shahabudin.

Tambah Azadan lagi, walaupun telah empat tahun arwah pergi, semangat dan kata-kata yang sering dilafazkan Asri masih menjadi ingatan dan perangsang bagi mereka meneruskan perjuangan dalam arena seni.

"Sudah empat tahun, namun bagi kami, pemergian arwah masih terasa baru kerana dialah orangnya yang memainkan peranan membawa Rabbani menjadi antara kumpulan nasyid utama tanah air.

"Sehingga kini, ke mana sahaja kami pergi orang ramai masih bertanyakan perihal arwah, bagaimana orangnya, bagaimana tutur katanya dan pelbagai lagi.

"Jadi selagi kami masih meneruskan perjuangan dakwah Rabbani, arwah pasti akan terus kekal bersama kami," katanya lembut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.