saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/08/2013

Tiada bunga api

DUA artis kelahiran Singapura ini amat dikenali di Malaysia.

DI MALAYSIA, percikan bunga api dan dentuman mercun merupakan satu perkara yang sudah menjadi kemestian dalam meraikan kedatangan bulan Syawal.

Namun sebaliknya yang berlaku di negara jiran kita, Singapura. Tiada bunga api dan mercun. Dilarang sama sekali oleh pihak berwajib di sana.

Bagaimana pula dengan kemeriahan sambutan Hari Raya di Singapura? Tentu ada perkara lain yang lagi menarik dilakukan oleh mereka untuk menyambut kedatangan bulan Syawal. Pertemuan dengan dua selebriti kelahiran Kota Singa iaitu Najip Ali dan Taufik Batisah sambil bercerita mengenai kemeriahan suasana raya di Singapura sugnguh menarik untuk dikisahkan.

Kedua-duanya berkata, walaupun tiada bunga api menjadi penyeri, apa yang penting keluarga yang datang dari jauh mahupun dekat berkumpul bersama. Memanglah seronok bila dapat beraya beramai-ramai. Lagi besar keluarga itu lagi meriahlah suasananya. Tidak mahu banyak bicara mari kita dengar sambutan raya dua-dua personaliti itu.

Wajibkan masakan Jawa

Memulakan bicara bersama pengacara serba boleh kelahiran Singapura. Siapa lagi kalau bukan Najip Ali. Mengingati keletah serta bakat semulajadi yang dimilikinya membuatkan rasa seronok bila dapat berbual bersama. Mengenakan baju Melayu berwarna biru semasa pertemuan, Najip Ali secara terus terang memberitahu bahawa masakan Jawa adalah hidangan wajib semasa Hari Raya.

"Memang sangat saya rindukan masakan Jawa. Tidak kiralah apa sahaja jenis juadahnya asalkan berkonsepkan Jawa. Tidak malu saya katakan saya memang kacukan Jawa. Tapi masakan Jawa lagi sedap kalau arwah ibu saya yang memasaknya.

"Apa kan daya, saya ini hidup sebatang kara. Anak yatim piatu. Ibu saya sudah meninggal lima tahun lalu. Ayah pula 10 tahun yang lalu," katanya dengan nada sedih.

Kata Najip lagi, rutin hari ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dia akan melawat kubur kedua-dua arwah. Itu agenda wajib yang perlu dilakukan ketika pagi Raya.

"Hanya mempunyai dua orang abang dan seorang kakak. Siapa lagi untuk saya dambakan kasih sayang. Itulah kerinduan yang paling saya ingati. Rindu ibu dan ayah. Walaupun ada adik-beradik, tapi masing-masing dah kahwin dan bersama dengan pasangan masing-masing.

"Setiap kali Hari Raya saya juga akan ke Melaka melawat saudara sebelah ayah saya," jelasnya yang segak berbaju Melayu Teluk Belanga.

Lagi kisah menarik yang dikongsi, Najip berkata, dia juga akan ke Bali Indonesia setiap kali menjelang Syawal.

"Biasanya saya ke Bali pada Hari Raya kedua untuk bercuti. Saya memilih Bali memandangkan ada anak saudara di sana. Lagipun suasana di sana tenang serta aman. Bolehlah saya menenangkan jiwa di sana bermula esok," kata Najip sambil memberitahu 1 Syawal kali ini dia hanya menyambutnya dengan sederhana.

Ada biskut dan kek sudah memadai. Katanya, dia tidak akan berbelanja banyak ketika berhari raya. Biarlah raya disambut penuh dengan kemeriahan dan ketenangan. Persiapan raya tahun ini juga dilakukan secara sederhana.

Mungkin orang lain, baju akan pelbagai warna dalam kuantiti yang banyak, tetapi Najip tidak melakukan perkara sebegitu. Satu atau dua helai sudah memadai, katanya.

Lari dari soalan Hari Raya, Najip sempat ditanya berkenaan nasibnya di Malaysia yang dilihat mampu duduk seiringan dengan selebriti popular tanah air dan langsung tidak kekok apabila bersama mereka.

"Saya selesa di sini (Malaysia) dan seronok dapat bekerjasama dengan produksi di sini. Selepas terbabit dalam Maharaja Lawak Mega, saya telah menerima ramai peminat baru dan muda. Tak ketinggalan juga peminat lama yang mengikuti saya sejak zaman Asia Bagus lagi.

"Mungkin mereka tertarik apabila melihat daripada gaya saya berpakaian. Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, saya sangat gembira dengan penerimaan baik masyarakat di negara ini," katanya yang turut menyambut Hari Raya tahun ini di Malaysia.

Tanpa berselindung, Najip juga sempat memberitahu bahawa dia kerap berulang alik dari Singapura sejak April lalu kerana terlibat dengan program realiti yang telah mencipta fenomena tersendiri, Akademi Fantasia yang dikatakan tidak akan wujud lagi sebelum ini.

Kini, program itu muncul kembali. Mungkin ada pembaharuan akan dilakukan. Tunggu sahaja siarannya tidak lama lagi.

Selain mengacara, Najip turut bertindak selalu Pengarah Kreatif untuk syarikatnya Dua M Ptd. Ltd. yang melahirkan banyak program TV berbentuk hiburan dan pendidikan untuk kanak-kanak selain sebagai konsultan bagi Akademi Fantasia Indonesia selama tiga musim.

Dengan keunikan serta keletah yang ada pada dirinya ramai pula yang mengaitkan Najip Ali dengan pengacara nombor satunegara, Datuk Aznil Nawawi.

"Saya sudah lama mengenali Aznil ketika dia bertugas sebagai seorang wartawan lagi. Saya masih ingat, Aznil telah menemuramah saya dan khusyuk mendengar kata-kata saya. Hasilnya, Aznil telah menghadiahkan saya sebuah penulisan untuk dua halaman muka surat di dalam sebuah majalah di Malaysia. Saya sangat gembira.

"Apa yang pasti, kami rasa kami berbeza. Saya dan Aznil sememangnya berbeza. Kami juga kini sering bertemu di café Astro apabila saya berada di Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.