saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/08/2013

Misi malam DJ Jamal, Lin

PERSAMAAN antara dua penyampai radio ini adalah mereka merupakan pengendali segmen membabitkan soal hati dan perasaan serta bertugas pada waktu malam.

DJ Jamal Jamaluddin, 50, mengendalikan segmen Cetusan Hati dan Dedikasi di Sinar FM sejak sembilan tahun lalu.

Sementara DJ Lin, 37, yang berkhidmat di radio Suria FM sejak 2007 ini juga tidak kurang hebatnya mengendalikan segmen Suria Cinta.

Lebih menarik lagi apabila kedua-dua mereka itu mempunyai sejumlah pendengar yang menjadikan radio sebagai peneman pada waktu malam.

Malah setiap kali suara mereka bergema di udara pasti dengan pantas menerima respons daripada pendengar di seluruh negara.

Pelbagai kerenah pendengar dilayan terutama pendengar yang menghubungi semata-mata untuk meluahkan perasaan.

Biarpun setiap panggilan dirakam dan ditapis sebelum ke udara namun mereka mempunyai cara tersendiri untuk mengawal keadaan.

"Rasanya setiap deejay pasti pernah mengalami pengalaman diusik pemanggil. Saya menghargai setiap pemanggil yang memberi respons. Mungkin kadangkala topik yang kita kongsi itu mencuit hati mereka.

"Sebab itu saya mengambil pendekatan mendidik di kalangan pemanggil. Antaranya saya terap budaya membaca dan saling hormat menghormati.

"Pendek kata apa juga nilai moral yang mendatangkan kebaikan kepada masyarakat, saya sentiasa akan bangkitkan perkara tersebut. Ini adalah tanggungjawab sosial saya kepada khalayak pendengar sewaktu bertugas.

"Dan saya juga tidak akan berhenti untuk mengingati para pendengar tentang perkara tersebut sampai bila-bila," kata Jamal Jamaluddin yang juga mengendalikan program Arena Rock Sinar.

Menceritakan saat-saat apabila dia ditugaskan sebagai penyampai program di waktu malam berbanding waktu siang, bapa kepada Mikhael Jordan, 6, dan Noor Jordania Erina, 3, ini ada jawapannya.

Suami kepada Noor Faridah Mohd. Noor, 33, ini memberitahu bahawa dia selesa untuk bertugas pada sebelah malam kerana mahu berasa dekat dengan khalayak pendengarnya yang kebanyakannya terdiri daripada orang dewasa.

Ketulusan amat penting - DJ Lin

PEMILIK nama sebenar Roslinda Abdul Majid ini mengakui dia mengamalkan sikap tulus sepanjang mengendalikan program Suria Cinta. Cara itu lebih membuatkan pendengarnya menghargai program berkenaan.

Tambahan pula sifat semulajadi manusia yang gemar melayan perasaan pada waktu malam dan berkongsi pengalaman kekecewaan ditinggalkan orang tersayang.

"Pada malam juga ramai orang berkongsi nukilan dan madah cinta. Tak kira sama ada puisi, lirik lagu kegemaran mereka atau apa yang berkaitan dengan kisah mereka boleh dikongsi bersama.

"Sebab kita tahu bahawa manusia biasa itu punya sensitiviti masing-masing. Ada yang suka berkongsi dan ada yang memendam rasa. Sebab itu saya wujudkan ruangan mencari cinta di kalangan pembaca.

"Menerusi segmen saya, pendengar boleh berkenalan, mencari jodoh dan ada juga yang sampai ke jenjang pelamin. Itu yang hebatnya ruangan Suria Cinta," katanya.

Ibu kepada Nureen Ariesya, 12, dan Nazreen Asyran, 10, ini turut menubuhkan Kelab Peminat DJ Lin yang bertindak sebagai cara untuk mengeratkan silaturahim di kalangan peminatnya.

Selain dapat mengenali golongan khalayak pendengar Suria Cinta, itu juga cara Lin berterima kasih kepada mereka yang tidak pernah berhenti menyokongnya selama ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.