saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/08/2013

Kematian bekas suami, Atilia pilu sambut Syawal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Penyanyi yang popular dengan irama jazz, Atilia mengakui kedatangan Syawal tahun ini disambut sedikit pilu apabila bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Jalil, 38, meninggal dunia sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

Jelas pemilik nama sebenar Raja Putri Atilia Raja Haron, 38, dia dan seluruh ahli keluarga berasa amat sedih dengan pemergian Allahyarham, apatah lagi mereka masih berhubungan rapat walaupun sudah berpisah.

"Saya amat sedih dengan kehilangannya, bukan sahaja kerana hubungan lepas antara kami berdua tetapi kami juga terus kekal sebagai sahabat karib selama ini.

“Bukan sahaja saya, tetapi seluruh ahli keluarga kami turut berkongsi perasaan ini, apatah lagi ibu saya," katanya di sini hari ini.

Ariff Johan meninggal dunia akibat penyakit kanser yang dideritainya dan Atilia sendiri berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafasnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 1998 sebelum berpisah kira-kira 10 tahun kemudian. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.