saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/08/2013

Hijrah rockers

Betulkan diri dahulu - Ali

ALI, 45, mengakui kehidupannya kini semakin tenang dan lebih fokus selepas mengambil keputusan untuk berhijrah kira-kira dua tahun lalu.

“Banyak perkara yang diketahui apabila kerap mendengar kuliah agama. Saya dapati banyak suruhan-Nya yang telah saya abaikan. Dan saya ambil keputusan untuk berubah.

“Sepanjang saya ambil keputusan untuk berhijrah ini ada pelbagai ranjau yang dilalui. Ada banyak salah tafsir yang kemudiannya mengundang fitnah tanpa disedari.

“Mungkin pekerjaan hakiki sebagai penyanyi rock dan masih berada dalam bidang seni membuatkan ada yang kurang senang. Sebab itu timbul gosip mengatakan saya tidak mesra hanya kerana tidak mahu bersalam dengan perempuan.

“Sebenarnya isu salam itu timbul dalam kalangan orang yang tidak arif tentang peraturan agama. Mereka tidak tahu tentang halal dan haram.

“Walhal dalam agama ada peraturan bergaul antara lelaki dan perempuan," katanya yang berazam untuk memperbetulkan diri dan keluarganya daripada sibuk memikirkan kesalahan orang lain.

Daripada kosong jadi imam - Izam

MENGAKUI dirinya tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama yang kuat, vokalis kumpulan Eye, Izam, 45, bersyukur diberi kesempatan untuk berubah kira-kira 10 tahun lalu.

Biarpun dia berasa kerdil kerana mensia-siakan usia mudanya namun Izam membulatkan dirinya untuk melakukan penghijrahan hidup.

“Memang saya rasa rendah diri apabila dalam usia 36 tahun masih tak pandai baca al-Quran. Lalai bab sembahyang dan tidak ambil berat atas segala suruhan-Nya.

“Apabila ada sekumpulan orang cerdik agama memberi sokongan kepada saya tentang apa yang berlaku, saya jadi malu. Tapi mereka sanggup membimbing saya daripada kosong sehingga jadi imam kepada dua isteri dan anak-anak saya.

“Sekarang saya semakin tenang. Semoga penghijrahan ini akan berkekalan sampai bila-bila," kata Izam yang mengikuti kumpulan tabligh untuk mendalami pengetahuan agamanya.

Selalu ingat kematian - Nizam

“APABILA usia semakin meningkat membuatkan saya selalu teringatkan kematian. Kita tak tahu bila nyawa kita akan dicabut. Sedangkan kita tak ada sebarang ‘bekalan’ yang dibawa sebelum menghadap-Nya," cerita vokalis kumpulan Laksamana, Nizam, 47.

Mengakui perasaan berdebar setiap kali melihat wajah empat orang anaknya yang semakin membesar di hadapan mata menambah resah kerana memikirkan masa depan mereka.

Ini kerana dia selalu berfikiran yang dia tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa yang baik jika mereka tidak dididik dengan asas agama yang kukuh.

Lebih penting lagi, Nizam tidak mahu jika soal tanggungjawab dan didikan agama anak-anak bakal dipersoalkan di akhirat nanti. Justeru Nizam tidak akan berkompromi dalam soal itu.

Menyesali perbuatan silam - Mel

BEKAS vokalis kumpulan Wings, Mel, 47, mengakui rasa penyesalan menebal setiap kali mengenangkan perbuatan silam yang mensia-siakan asas ajaran agama yang dipelajari sejak kecil.

“Sejak kecil kedua orang tua saya dah ajar banyak perkara tentang agama. Tapi entah kenapa saya menolak dan jadi pemberontak bila semakin meningkat dewasa.

“Saya pernah dihantar belajar agama di sekolah pondok tapi saya cabut lari. Tak nak belajar sebab masa itu saya rasa tak bersedia. Dan jiwa muda saya menolak semua perkara yang ke arah keagamaan.

“Tapi itu semua cerita lama. Sekarang ini saya sudah berubah. Seiring dengan kematangan usia, saya bersyukur apabila diberi hidayah sekali lagi. Alhamdulillah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.