saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/08/2013

'Bukan salah saya'

PERCATURAN untuk memilih Syawal sebagai tarikh tayangan filem, kini bukan lagi kelebihan yang akan memberikan sebab sesebuah filem tersebut mendapat sambutan. Terbaru, filem arahan Hans Isaac, Lemak Kampung Santan dikatakan gagal mencapai apa yang diharapkan pengarah hebat itu sehingga menyebabkan dia kecewa.

Jika dilihat potensi filem itu memang ada. Mana tidaknya, melalui jalan cerita serta gabungan ramai pelakon berkaliber perkhabaran mengenai kehebatan filem ini juga terus dikaitkan dengan hubungan cinta yang terjalin di antara dua watak utama filem ini iaitu Hans dan Neelofa.

Tidak mahu terus dipersoal mengenai hal ini bagi Neelofa, dia pasti kelompok penonton yang kurang ke panggung kini menyebabkan industri perfileman tempatan terjejas.

"Kalau boleh saya tidak mahu komen apa-apa lagi mengenai filem ini. Kalau cakap kurang sambutan, ia sebenarnya mengenai industri itu sendiri secara keseluruhanya," katanya.

Tidak pernah melihat kegagalan filem-filemnya sebelum ini sebagai sebab untuk dia terus menolak peluang dalam bidang lakonan, sebagai pelakon Neelofa mahu berani menerima segala cabaran .

"Buat apa saya nak terkilan. Saya tidak pernah melihat ini sebagai suatu petanda buat karier lakonan.

"Saya akan tetap teruskan berlakon. Selepas ini saya akan muncul dengan beberapa filem lain pula. Sebagai pelakon saya akan terus berikan yang terbaik," katanya.

Tidak akan sesekali menarik diri dalam bidang lakonan, bagi Neelofa keputusan yang diambil untuk berada di dalam bidang ini akan tetap diteruskan.

"Bagi saya kegagalan yang saya dapat kini bukan ukuran sebenar karier saya nanti.

"Saya tidak pernah berasa takut untuk terus menerima tawaran. Saya pasti akan tiba masanya saya membuktikan sesuatu. Soalnya cuma waktu," katanya.

Bukan sahaja dalam lakonan dia dikritik teruk, Neelofa juga dianggap sebagai kurang menyerlah sebagai pengacara. Meskipun dia dipertanggungjawabkan mengacara rancangan hebat dan popular, dia dilihat bukan seorang pengacara yang selayaknya.

Melihat kritikan yang di terima ketika menjadi pengacara untuk Anugerah Lawak Warna baru-baru ini, ia bagaikan mengungkit kembali sejarah lama yang pernah memperlihatkan dia berada di dalam keadaan yang sama ketika menjadi pengacara untuk Anugerah Skrin pada tahun lalu.

"Tidaklah semua memberi kritikan, saya lihat juga pandangan positif yang diberikan. Bagi saya, lebih penting menghargai harapan yang diberikan orang.

"Kalau kita cuba memuaskan hati semua pihak memang itu tidak akan berlaku. Sebab itu saya percaya apa-apa yang dilakukan adalah dengan usaha terbaik dari saya," katanya.

Menurut Neelofa sepanjang berada di pentas, dia hanya menjadi dirinya sendiri, bukan sebagai orang lain.

"Saya tidak cuba menjadi pelawak ketika di atas pentas. Saya tahu tugas saya sebagai pengacara. Jadi bila orang kata saya cuba membuat lawak bodoh, memang saya tidak terfikir untuk lakukan perkara itu.

"Peluang ini saya lihat sebagai satu lagi yang penting buat karier saya. Apa juga orang lain mahu kata, saya tidak akan ambil peduli kerana saya tahu sejauh mana kemampuan diri sendiri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.