VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 02/09/2013

Lupakan kontroversi, hayati sejarah

Setelah melalui pelbagai rintangan, Tanda Putera kini diterima

TIADA apa yang lebih membanggakan untuk melihat negara kita terus makmur, aman dan merdeka tanpa anasir negatif berleluasa, di kala mencapai usia kemerdekaan yang ke -56.

Bagaimanapun melalui sejarah negara, kita dapat menyaksikan keamanan yang dinikmati kini tidak hadir tanpa pengorbanan pemimpin serta pejuang terdahulu. Menepati tugas utama kita kini lebih kepada memastikan apa yang dikecapi kini terus dirasai generasi akan datang.

Bertitik-tolak dari tanggungjawab itu, filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba bakal memperlihatkan kembali sejarah perjuangan yang hampir dilupai. Ternyata apa yang dipaparkan filem itu lebih kepada penghayatan sejarah pahit yang pernah mewarnai perjalanan negara kita.

Sungguhpun ada usaha untuk tidak memastikan filem ini mendapat tempat di pawagam, realitinya tiada siapa yang mampu mengubah sejarah. Setelah ditunda beberapa kali tarikh tayangannya, akhirnya filem penuh kontroversi ini sudah menyapa penonton di seluruh negara pada 29 Ogos lalu.

Berkisar melalui empat watak utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein Al-Haj, Zizan Nin sebagai Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Faezah Elai sebagai Toh Puan Rahah (isteri kepada Tun Abdul Razak) dan Linda Hashim sebagai Toh Puan Norashikin (isteri kepada Tun Dr. Ismail) ternyata filem ini mempunyai kekuatan tersendiri.

Sungguhpun penggulungan filem ini lebih kepada perjuangan Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman namun kejadian 13 Mei yang turut mengambil tempat di dalam filem ini dikatakan menjadi ancaman buat beberapa pihak melihat kemampuan filem ini, Linda tidak menyangka dia bakal dipilih memenuhi watak sebagai Toh Puan Norashikin. Berkongsi cabaran, menurut Linda selain melakonkan watak berusia 40-an, kerisauan juga turut berkisar mengenai kemampuannya membawakan watak seorang tokoh yang disegani ramai.

"Saya memang cuba membuat banyak kajian mengenai Toh Puan Norashikin, tetapi memang tidak banyak yang saya dapat. Saya hanya mengenali Toh Puan Norashikin melalui Shuhaimi, dan cuma membawakkan watak ini sebaik mungkin," katanya.

Tidak mahu melihat kontroversi yang sedia mengikuti filem ini, bagi Linda sudah sampai masanya sejarah negara diterima tanpa penglibatan mana-mana pihak yang tidak dapat menerima fakta.

"Kami membawa kisah fakta. Saya sendiri tidak faham mengapa ada yang tidak dapat menerimanya, ini kerana sebelum filem ini dibuat ia sudah melalui pelbagai kajian sejarah," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.