saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/09/2013

Perjuangan muzik jazz Atilia

Atilia mahu terus perjuang irama jazz.

Irama jazz bukanlah suatu irama yang baru di persada hiburan tempatan, malah negara kita juga mempunyai seorang penyanyi legenda yang mencipta populariti dengan genre sedemikian iaitu Datuk Sheila Majid.

Namun sedemkian, tidak salah juga jika dikatakan irama ini kurang mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan namun itu tetap tidak mematahkan semangat dua penyanyi ini iaitu Atilia dan Elvira Arul.

Jelas Atilia, dia sudah terlibat dengan genre tersebut lebih sepuluh tahun. Walaupun kurang popular berbanding rakan-rakan penyanyi yang membawa genre berbeza, itu tetap tidak mematahkan semangatnya.

"Mengapa saya masih terus membawakan muzik jazz adalah kerana minat yang mendalam dan perasaan cinta yang kuat terhadap irama ini.

"Tidak ada gunanya jika saya memilih untuk membawakan muzik yang berbeza genre hanya kerana mengikut kehendak masyarakat tetapi sebaliknya mengenepikan minat dan cita rasa sendiri," jelas Atilia.

Sungguhpun begitu, itu tidak bermakna anak kepada penyanyi legenda Salamiah Hassan ini tidak menyukai muzik genre berbeza kerana baginya, setiap genre mempunyai keunikan tersendiri.

"Saya tetap menyukai muzik yang berbeza genrenya seperti pop dan juga rock, namun saya tidak akan pernah meninggalkan irama jazz. Saya mahu jadi seorang wanita yang berdiri teguh dan yakin terhadap muzik yang disukainya," jelasnya lagi.

Elvira yakin jazz semakin diterima

Berkongsi pendapat sama, seorang lagi penyanyi jazz popular tanah air iaitu Elvira juga tidak menafikan muzik jazz menyebabkan mereka kurang dikenali di persada seni tanah air berbanding sekiranya memilih genre yang berbeza.

"Tidak dinafikan, pilihan dan minat saya terhadap genre jazz ini menyebabkan saya kurang dikenali dan popular tetapi itu bukan tujuan utama mengapa saya menyertai industri ini.

"Bagi saya apa yang penting adalah kita dapat melakukan sesuatu perkara yang diminati dengan bersungguh-sungguh dan dapat menjadikannya kerjaya utama kita," katanya yang mempunyai pengalaman tidak kurang 15 tahun dalam bidang nyanyian.

Tambah Elvira lagi, jika dibandingkan sewaktu dia mula aktif membawakan muzik jazz, pasaran dan jumlah peminat adalah jauh lebih sedikit berbanding sekarang di mana muzik ini sudah semakin diterima ramai.

"Jika dibandingkan kini dan dahulu, jauh bezanya kerana pada waktu tersebut, penyanyi jazz tanah air yang ada hanyalah sekumpulan yang kecil dan setiap kali persembahan pasti melibatkan individu yang sama.

"Namun kini irama jazz sudah semakin diterima dan penyanyi generasi baru juga semakin ramai melibatkan diri untuk membawakan lagu-lagu jazz mengikut gaya tersendiri," katanya yang bakal bekerjasama dengan Atilia dan Dina Nazir dalam konsert MPO And All That Jazz.

Konsert yang dijadualkan pada 22 September ini bertempat di Dewan Filharmonik Petronas itu akan menyaksikan tiga penyanyi jazz tersebut membuat persembahan sambil diiringi kira-kira 40 pemuzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

Bagi yang berminat untuk menghadirinya konsert tersebut, tiket-tiket berharga antara RM60 sehingga RM250 boleh didapati dengan menghubungi talian 03-20517007 manakala sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web www.mpo.com.my

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.