saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/09/2013

Kisah masyarakat Maduku Kalut

KISAH suami yang berkahwin dua bukan isu baru dalam masyarakat. Malah kisah-kisah mereka terpapar menjadi tauladan kepada lelaki lain yang ingin beristeri dua.

Mengangkat kisah kehidupan seorang pemandu teksi, Selamat yang tersepit dengan penipuan yang diciptanya sendiri, itu intipati teater MaduKu Kalut yang akan dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 27 hingga 30 September ini.

Kehidupan Selamat yang kalut kerana terpaksa memberikan komitmen terhadap kerjaya yang tidak menentu masa dan rahsia yang disimpan mengenai kehidupan rumah tangganya bersama dua orang isteri.

Sementara itu isteri pertama dan kedua tidak mengetahui bahawasanya mereka telah dimadukan. Kekalutan demi kekalutan terus berlaku dan akhirnya rahsia itu terbongkar.

Nasib Selamat diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila semua orang tidak mempercayainya lagi.

Sudah pasti Izzue Islam yang akan membawakan watak Selamat teruja memandangkan ini merupakan penampilan pertamanya di lapangan teater.

Tidak betah untuk berasa selesa dengan pengalaman sebagai pelakon drama sebelum ini sudah pasti teater Maduku Kalut bakal menjadi penanda aras kepada kerja seni pelakon ini.

"Saya sering membawakan watak romantis dan watak ringan yang biasa. Tapi dalam pementasan kali ini watak selamat memang berbeza dan perlukan penghayatan.

"Sukar sebenarnya untuk saya bermain dengan mimik muka untuk setiap babak. Pelakon lain mungkin sudah biasa terlibat dalam teater tetapi saya tidak.

"Inilah cabaran yang saya kena hadapi walau sesukar mana sekalipun," jelasnya lagi.

Pementasan ini diarahkan oleh Muhammad Azhar Zainal menampilkan Izzue sebagai tunjang utama dan dibantu Jihan Raja Lawak, Nad Zainal, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nazurah Hanoom.

Teater ini diadaptasi berdasarkan skrip Run For Your Wife karya Roy Cooney oleh Mazli Abdul Rahman.

Tiket masuk berharga RM35, RM55, RM85 dan RM155 boleh didapati di airasiaredtix.com dan di kaunter Box Office Istana Budaya atau hubungi 013-3962612 untuk pertanyaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.