saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/09/2013

Makyung, dikir barat pilihan Siti Nurhaliza

HAMPIR sebulan mengurung diri memenuhi sesi latihan yang begitu mencabar tidak membuatkan dirinya lelah. Saat melihat para pencintanya terhibur dengan persembahan kali ini sudah pasti meninggalkan kenangan manis buat penyanyi nombor satu negara ini.

Apa sahaja dilakukan demi merealisasikan impian menjayakan konsert kali ini. Begitu ampuh memilih irama tradisional sebagai tunjang utama sudah pasti ini percaturan Siti Nurhaliza menjadi.

"Sejak awal lagi memang sambutan yang kita terima cukup baik daripada peminat. Ini menandakan yang irama tradisional masih ada pengikut dan tak boleh dipandang remeh.

"Apa yang pasti saya berjaya mempersembahkan makyung dan dikir barat yang menjadi elemen penambah baik untuk konsert kali ini. Tak mudah sebenarnya untuk belajar benda baru macam ini.

"Tapi saya ambil cabaran untuk belajar makyung bersama Rosnan Rahman dan ahli dikir barat yang lain sejak sebulan yang lalu.

"Memang ini pengalaman yang menarik dan tak mungkin dapat saya lupakan. Saya berjaya suntik pembaharuan dalam konsert kali ini seperti yang saya impikan sejak dulu," jelasnya lagi.

Selain makyung, ini juga merupakan penampilan julung kalinya Siti dalam dikir barat sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi profesional.

Lebih menambah rasa apabila Siti tidak akan menggunakan loghat Kelantan seperti kebiasaan sebaliknya loghat Pahang yang cukup sebati dengan dirinya.

"Jarang-jarang kita lihat tukang karut melibatkan golongan wanita. Tetapi kali ini mereka boleh lihat sendiri saya menjadi tukang karut khusus untuk konsert ini sahaja," tambah penyanyi ini lagi

Konsert Lentera Timur Datuk Siti Nurhaliza sudahpun mula dipentaskan sejak Jumaat lepas hingga Selasa ini.

Persembahan dengan kerjasama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) sudah diimpikan sejak dulu pastinya menambahkan rencah terutama elemen muzik tradisional.

"Sejak awal penglibatan lagi saya memang sudah mengimpikan untuk membuat konsert tradisional sebegini. Hanya selepas 18 tahun terlibat dalam bidang seni barulah semuanya dapat dilaksanakan.

"Apa yang pasti keterujaan saya melihat pelbagai lapis golongan peminat yang hadir semata-mata untuk melihat saya beraksi di atas pentas.

"Setidak-tidaknya kita tahu dalam situasi muzik tradisional yang semakin menyepi, khalayak peminat masih ada. Irama ini masih ada pengikut sampai bila-bila.

"Mungkin pembabitan saya membuat konsert tradisional boleh menjadi inspirasi kepada penyanyi lain pada masa hadapan," ceritanya lagi.

Meskipun terkenal dengan banyak album-album pop, Siti pernah menghasilkan empat album irama tradisional termasuk Cindai, Sahmura, Sanggar Mustika dan Lentera Timur.

Seperti yang semua sedia maklum Pak Ngah banyak terlibat di dalam album tradisional sebelum ini dan sudah pasti kemunculan semula pemuzik berpengalaman di atas pentas berjaya mengimbau kembali kenangan ketika mereka bersama-sama dahulu.

Sepanjang dua jam menghiburkan penonton, Siti mendendangkan lebih 30 buah lagu-lagu yang pernah dipopularkan sejak awal penglibatan dahulu.

Sudah pasti lagu-lagu irama Melayu seperti berentak asli, joget, inang, zapin dan keroncong menjadi pilihan utama untuk diperdengarkan kepada seluruh peminat yang memenuhi Panggung Sari pada setiap malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.