saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/09/2013

Penampilan aksi hebat

ADEgan cemas dalam KL Gangster 2.

PENUH dengan aksi dan sepanjang tayangan, KL Gangster 2 tidak menunjukkan sebarang rasa bosan. Mata akan sentiasa segar menyaksikan aksi-aksi yang ditunjukkan para pelakon.

Selama ini, memang tidak dinafikan, filem aksi dari luar sentiasa diagung-agungkan. Fast & Furious, G.I Joe, Terminator, Men In Black dan Mission Impossible termasuk filem negara jiran Thailand seperti Bang Rajan dan Ong Bak antara filem luar yang menjadi pujaan.

Nampaknya, pandangan itu harus dibuang kerana pengarah serba boleh, Syamsul Yusof kini kembali dengan filem aksi yang merupakan prekuel kepada KL Gangster 1 sebelum ini. Memang tidak keterlaluan dan boleh dikatakan paling hebat untuk tahun ini.

Melatari sebuah filem aksi yang cukup dikoreograf dengan sebuah jalan cerita yang mudah, diadun dengan kisah pertelingkahan antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, yang merebut kawasan 'jagaan' mereka. Ia boleh dikatakan satu konflik realiti yang wujud dalam golongan masyarakat kota di sini.

Syamsul cukup prihatin dengan kehendak dan selera penonton pawagam yang sentiasa berubah. Formula dari filem seram Khurafat, yang mengangkat elemen seram dan ketakutan menjangkau luar kotak, dan menghasilkan kejayaan, telah digunakan semula dalam KL Gangster 2.

Elemen pertempuran, perlanggaran kereta, dan pelbagai aksi lasak, telah diangkat ke satu tahap baru, yang mampu mengisi tunas rasa penonton Malaysia, yang inginkan sebuah filem aksi yang realistik dan dramatik.

Bukan hanya genre gangster semata-mata yang menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) yang berkesan dan kemas, namun, elemen kekeluargaan turut ditampilkan bagi menyakinkan penghayatan para penonton.

Di samping itu, melalui sebuah karya aksi dan jalan cerita yang mudah, KL Gangster 2 juga ada tarikan yang lebih kuat buat penonton terutama barisan pelakon yang popular kini. Penampilan Aaron Aziz dan Adiputra cukup sesuai dalam karya ini dengan memaparkan susuk tubuh juga ketangkasan, selain kehandalan Ridzuan Hashim juga Zizan Raja Lawak, menambah lagi keterujaan penonton ke pawagam.

Pada KL Gangster 2 ini watak yang paling menyerlah ialah lakonan Rosyam Nor dan Sofi Jikan. Memang tidak dinafikan lakonan Rosyam untuk filem ni membuktikan pelakon lama masih berbisa dan hebat. Lakonannya tampak cukup kemas dalam babak pertarungan dan karakter itu menjadi seperti seorang lelaki yang kejam dan psiko.

Kehebatan Rosyam membawakan watak jahat itu nampak bertenaga dan bukan seperti lelaki yang berusia 46 tahun dengan stamina yang ditunjuknya dalam setiap aksi pertarungan.

Hebatnya filem ini juga, lebih 100 orang pelakon tambahan untuk telah digunakan melakonkan watak gangster dengan melibatkan penggambaran selama 68 hari yang dijalankan sekitar Kuala Lumpur, Klang dan Putrajaya.

KL Gangster 2 adalah filem paling mahal terbitan Skop Production dengan melibatkan kos sebanyak RM4.5 juta (kos ini juga telah tersasar dari bajet asal sebanyak RM3 juta) dan telah menggunakan 320 gulung filem (paling banyak) dalam sejarah terbitan filem-filem Skop Production dan filem Melayu.

Dalam keasyikan bagi mempersembahkan satu naskah aksi yang dekat dengan dunia gangsterisme, KL Gangster 2 juga agak keras dengan kata cela dan 'taboo' yang mungkin sedikit sebanyak mampu 'melekat' di mulut penonton. Mungkin bagi penonton yang masih kecil, nasihat ibu bapa amat diperlukan.

Tidak kurang juga, aksi pukul-memukul dalam filem ini mampu mempengaruhi gaya hidup dan keperibadian remaja di negara ini.

Bimbang juga sekiranya pemaparan seperti itu tersebut akan menjadi ikutan. Sehubungan itu, memang betul kata orang, filem tersebut perlu memberi perhatian khusus kepada unsur positif yang boleh mendidik remaja supaya menghayati kehidupan mereka.

Filem ini bakal ditayangkan di 100 buah pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 3 Oktober ini. Namun filem ini telah disabotaj dan boleh dimuatnaik di dalam internet secara percuma.

Gara-gara perkara itu juga, Syamsul nekad untuk berhenti mengarah dan tidak mampu melawan semangatnya yang lemah untuk hadir ketika majlis pra-tonton.

Apa-apa pun secara keseluruhannya ramai pasti akan terhibur dengan KL Gangster 2 dan boleh disifatkan sebagai sebuah filem tempatan yang terbaik dengan aksi dan sarat dengan mesej.

KL Gangster 2 juga menjanjikan kualiti yang datangnya bukan sahaja dari segi idea dan teknologi terkini malahan memberikan suatu karya yang meninggalkan impak besar di hati peminat yang sentiasa dahagakan kelainan dan pembaharuan dalam pembikinan sesuatu filem itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.