saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/09/2013

Cinta Rimau kisah peribadi - Haliza

HALIZA Misbun berharap Cinta Rimau tidak akan menerima nasib seperti novel-novel lain yang telah diharamkan.

HAMPIR tiga tahun menyepikan diri tidak bermakna pelakon ini kecewa. Menafikan sama sekali dirinya menjeruk rasa akibat filem lakonan dan terbitannya, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami kurang mendapat sambutan, Haliza Misbun mendakwa dia masih aktif dengan caranya sendiri.

"Bukan saya merajuk sampai tak mahu lagi duduk dalam industri tapi saya menanggap ini adalah fasa saya mencari diri.

"Dalam tempoh itu macam-macam perkara yang saya lalui. Saya muhasabah diri. Tak sangka pula bila macam-macam kisah peribadi berlaku akhirnya membawa saya ke fasa baru," jelas wanita ini.

Dia sedar untuk membikin filem bukan lagi satu perkara mudah yang boleh memuaskan hati seperti dahulu, kini Haliza mengorak langkah lebih drastik dengan menulis novel.

Cinta Rimau merupakan novel pertama pelakon ini yang sudahpun dilancarkan Selasa lalu yang memaparkan tentang akidah dan soal agama.

Mengisahkan tentang Hasya Lourdess yang merupakan anak tidak sah taraf yang ditinggalkan ibu akibat dipenjara seumur hidup.

Oleh kerana tidak ada keluarga yang mahu menuntut Hasya untuk dipelihara akhirnya memaksa dia dibesarkan oleh keluarga India yang beragama Kristian.

Tidak terhenti setakat itu Haliza turut mengolah cerita Harsya yang akhirnya jatuh cinta dengan beberapa orang lelaki yang akhirnya membuka satu persatu cerita peribadi yang bukan sahaja memeranjatkan malah tragis.

Menganggap apa yang cuba disampaikan dalam novel ini merupakan kisah yang berlaku dalam masyarakat, dia juga berharap novel tulisan sulungnya itu tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi.

"Memang saya menulis novel ini berdasarkan kisah peribadi saya. Cuma olahan itu saya buat mengikut kreativiti saya untuk mencantikkan jalan cerita Cinta Rimau ini.

"Ini kerana kisah-kisah anak tidak sah taraf bukan isu baru. Bila mereka di bin atau di binti dengan nama Abdullah banyak menimbulkan implikasi kepada masyarakat.

"Kita tak tahu pada masa hadapan apa akan jadi pada mereka. Ada yang terjumpa dengan bapa sendiri dan berlaku perkara-perkara terlarang hanya kerana mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

"Justeru saya berharap khalayak memperhalusi perkara ini. Saya pun tak mahu novel ini menjadi isu besar pada masa hadapan.

"Kalau mereka yang membaca dan melihat Cinta Rimau sebagai satu perkara yang positif sudah pasti jadi baik.

"Kalau sebaliknya macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Bukan apa risau esok lusa kena haram pula," katanya secara berseloroh.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan novel Cinta Rimau boleh melayari www.merpatijingga.com atau menempah melalui talian 012-2290944.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.