saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/10/2013

Maduku Kalut menghiburkan

Antara pelakon yang menjayakan teater komedi di Lambang Sari, Istana Budaya, (dari kiri) Karl Shafek, Fazleena, Nad Zainal dan Izzue Islam.

MENGHIBURKAN, sarat dengan elemen komedi dan isinya mudah dihadam. Itu yang boleh diperkatakan selepas menonton preview teater Maduku Kalut arahan Muhamad Azhar Zainal pada Khamis lalu di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Tidak terlalu berat bagi penonton untuk memahami kandungan ceritanya yang sejak dari awal hingga akhir hanya berlegar di sekitar rumah Selamat, lakonan Izzue Islam, seorang pemandu teksi yang mempunyai dua orang isteri iaitu Bibi dan Mimi lakonan Jihan Muse dan Nad Zainal.

Menariknya, Bibi dan Mimi tidak mengetahui bahawa mereka telah dimadukan oleh Selamat yang terlibat dalam satu insiden malang ketika mahu pulang ke rumah. Itulah punca segala kekalutan dan kisahnya mula berkembang daripada satu insiden kepada satu insiden yang tidak dijangka. Pengenalan kepada watak yang mahu ditonjolkan juga relevan dengan plot penceritaannya.

Penonton pasti terhibur dengan taktik Selamat yang berhelah dalam usaha menutup 'pekung'nya yang turut dibantu secara tidak sengaja oleh jirannya bernama Adam, lakonan Karl Shafek. Kecelaruan identiti yang ada pada Adam menimbulkan suasana 'huru hara' yang menggelikan hati.

Kemunculan watak Sarjan Hassan, lakonan Sofian Bujang dan Sarjan Manisah oleh Fazleena Hishamuddin ternyata tidak mengecewakan malah mereka berdua berjaya mengimbangi dominasi pelakon utama selain menjadikan tempo pentas semakin dramatik.

Walaupun props yang digunakan agak minimal, ia langsung tidak mencacatkan persembahan teater itu malah aspek teknikal seperti kejelasan dialog, keberkesanan lakonan, kewajaran situasi dan kekuatan karektornya lebih menyerlah dan berjaya menutup beberapa kelemahan kecil yang ada.

Isu bermadu pula merupakan isu yang dekat dengan masyarakat kita. Jadi, apabila isu sedemikian diangkat ke pentas dan disuntik pula dengan elemen komedi yang kena pada tempatnya, kekalutan yang mahu disajikan itu betul-betul menjadi.

Memetik kata Allahyarham Seniman Agung P. Ramlee dalam lagu Madu Tiga, "mesti pandai membohong, mesti pandai temberang, tetapi jangan sampai hai pecah tembelang". Itulah intipati utama yang digunakan oleh produksi ini sebagai medium penceritaan dalam pementasan yang dibawa oleh MASK Team ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.