saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/10/2013

Eyra mengaku tak ciplak Enough, The Vow

EYRA Rahman bersama barisan pelakon dan penerbit filem Bencinta, David Teo (dua dari kanan).

FILEM Bencinta telah menemui penonton untuk minggu ketiga tayangan. Anehnya ramai yang memberi respons bahawa Bencinta meniru filem Enough arahan Michael Apted? Apa komen Eyra?

Sebagai pengarah, saya tak boleh nak halang pandangan orang terhadap filem itu. Sebab apa pun, mereka akan cakap benda yang serupa setiap kali. Tak cuma Bencinta, Enough sendiri mengalami masalah yang sama apabila ada filem lain dikatakan menciplak karya tulisan Nicholas Kazan itu. Dikatakan, filem Sleeping With The Enemy juga menciplak filem Enough. Tiru atau tidak, apa yang kita nak ketengahkan sebenarnya adalah jalan cerita Bencinta.

Apa isu yang Eyra cuba fokus dan ketengahkan dalam Bencinta?

Saya fokus pada isu wanita yang menjadi mangsa dera suami. Saya buat filem itu pun berdasarkan banyak kes yang menyaksikan bagaimana wanita menjadi mangsa pukul suami. Ini adalah sebuah cerita yang dekat dengan isu semasa.

Apa pun, orang tetap mengatakan filem itu adalah filem ciplak. Bagaimana Eyra menjawab hal itu?

Saya tak nafi, konsep Bencinta sama dengan filem Enough. Tapi jalan cerita lain. Ingat, konsep dan jalan cerita adalah dua perkara berlainan.

Macam mana idea untuk filem Bencinta?

Skrip adalah daripada pihak MIG. Saya langsung tak terlintas tentang filem Enough pada awalnya dan pihak MIG juga ada memberitahu bahawa filem itu akan mengambil sedikit konsep filem Enough dan Sleeping With The Enemy. Ada juga rujukan daripada filem Korea.

Eyra sendiri pernah menonton filem Enough?

Pernah tapi tak pernah tengok sepenuhnya. Baru-baru ini pun ada ditayangkan di TV tapi itu pun tak sempat nak tengok sebab sibuk di set penggambaran.

Apa komen Eyra bila ada yang mendakwa pengarah macam Eyra sebenarnya kekeringan idea?

Tak adalah. Bukan masalah kering idea. Tapi bagaimana hendak memenuhi kehendak penonton. Ini bukan di Malaysia saja, di negara luar juga menghadapi masalah yang sama. Kutipan jualan tiket merosot lalu memaksa penerbit dan pengarah mencari sesuatu yang audiens suka. Kita jadikan filem luar sebagai rujukan.

Apa komen Eyra jika ada pihak melabel Eyra sebagai pengarah kaki ciplak? Bukan sahaja Bencinta, filem Aku Terima Nikahnya juga didakwa sebagai naskah ciplak filem The Vow.

Sebenarnya The Vow ditayangkan semasa saya sedang mengarah filem Aku Terima Nikahnya selama seminggu. Kami memang tak tahu menahu pasal The Vow. Jadi tak ada isu meniru di situ. The Vow sedang ditayangkan dan kita sudah separuh jalan nak siapkan filem Aku Terima Nikahnya. Nak rombak semula memang bukan satu tindakan bijaklah.

Peduli dengan kritikan orang?

Sebagai pengarah, saya memang dah bersedia untuk semua itu. Bersedia untuk dikritik. Yang positif dan negatif, dua-dua saya simpan. Mana-mana pengarah pun tak boleh lari daripada kritikan. Bagus mana pun dia, tetap dia kena terima kritikan. Steven Spielberg dan James Cameron juga kena kritik. Pada saya, itu bukan untuk menjatuhkan bahkan menaikkan semangat saya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.