saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/10/2013

Bercinta? Kami tak sorok

DEK kerap dilihat bersama-sama di acara keramaian dan melakukan aktiviti lasak, Hairul Azreen, 25, dan Hanis Zalikha, 22, dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa. Kemesraan mereka juga terlihat ketika masing-masing menyertai aktiviti ekstrem paint ball di Taman Ekstrem Shah Alam (TESA), Selangor baru-baru ini. Mereka bergurau senda tanpa segan silu pada aktiviti yang turut disertai rakan-rakan artis lain antaranya Dafi dan Iz Sulaini.

Biarpun acap kali membuat penafian kepada media dan mendakwa sudah saling mengenali sejak di alam persekolahan tetapi nampaknya alasan itu tidak boleh diterima.

Sementelah masing-masing gemar berkongsi gambar kemesraan di laman Instagram untuk tatapan umum sekali gus menguatkan kenyataan bahawa mereka adalah pasangan kekasih.

Ada juga dakwaan mengatakan kedua-dua pelakon dan pengacara ini sengaja menyorokkan hubungan cinta yang berputik sejak awal tahun lalu.

Namun kerana menjaga ‘saham’ dan populariti masing-masing di kalangan peminat mereka hanya menyatakan hubungan itu sekadar ‘kawan rapat’.

Tambahan pula di saat nama sedang memuncak dan banyak tawaran diterima mendorong mereka berdolak dalih tentang hubungan yang terjalin.

Tidak menafikan mahupun mengiyakan perkara tersebut, pendirian juara pertama pertandingan Fear Factor Selebriti Malaysia ini tegas membicarakan soal kerjaya dan personalnya.

“Terpulang kepada semua nak menilai hubungan saya dengan Hanis sama ada sekadar temat rapat atau sebaliknya. Saya tak ada hak nak menghalang persepsi masing-masing. Terpulanglah.

“Sebab saya belajar banyak pengajaran selepas kisah cinta dengan bekas kekasih (pelakon Faralyna Idris) didedahkan kepada umum. Saya dapati ramai yang menyampah apabila cerita cinta kami digembar-gemburkan.

“Apabila sudah putus (cinta) saya muhasabah diri. Saya nekad tak mahu lagi publisiti berlebihan tentang cerita cinta. Fobia juga kalau saya cakap beria-ia ada hubungan cinta tapi rupa-rupanya tak ada.

“Lepas itu saya nekad untuk tak terlalu bercerita tentang cerita cinta ini kepada umum. Lainlah kalau dah betul-betul jadi (kahwin). Barulah boleh komen lebih-lebih sebab dah ada benda nak kongsi.

“Bimbang kalau tak jadi, hah kan letih nak terangkan kepada semua lepas itu," katanya.

Terpesona

Mengulas tentang apa yang membuatkan Hairul selesa berkawan rapat dengan Hanis, pelakon drama Setia Hujung Nyawa ini mengakui terpesona dengan keikhlasan wanita itu.

Malah dia merasakan hubungannya dengan Hanis saling melengkapi kerana masing-masing berkongsi kemahiran dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

“Tak salah kalau saya berkongsi ilmu dengan Hanis. Hanis bijak dalam bidang pengacaraan. Jadi saya mempergunakan ilmunya untuk kebaikan saya.

“Begitu juga dengan bidang lakonan. Hanis banyak belajar daripada saya. Dan kebetulan kami sama-sama meminati aktiviti lasak. Itu yang membuatkan kami lebih rapat," katanya lagi.

Sengaja mengusik Hairul tentang hubungan cinta yang berlandaskan minat dan kefahaman selalu berjaya ke fasa seterusnya, lelaki ini hanya tersenyum.

“Soal jodoh saya serah kepada-Nya. Sebenarnya saya dah letih berharap. Biarlah berjalan secara semulajadi," katanya penuh makna.

Dia lelaki kedua

paling rapat - Hanis

Sementara itu Hanis Zalikha yang juga merupakan blogger popular mengakui tidak kisah dengan cerita cinta yang digembar-gemburkan.

Cuma bagi dirinya agak terlalu awal untuk berkongsi segala rasa hati dan perasaan kepada khalayak kerana dia tidak mahu andai nanti kisah cinta menjadi topik utama di kalangan peminat berbanding kerjayanya.

Namun Hanis tidak menafikan bahawa Hairul merupakan antara lelaki yang rapat dalam hidupnya ketika ini dan dia senang dengan pelakon tersebut.

“Hairul adalah lelaki yang boleh diharapkan. Kalau kereta rosak dan saya gagal untuk mendapatkan bantuan daripada ayah, pasti dia akan datang membantu.

“Selain itu dia juga seorang yang mengambil berat. Dalam bergurau dia juga seorang yang tegas orangnya. Itu yang membuatkan saya lebih selesa dengannya.

“Mungkin sebab saya tak ada abang cuma ada adik lelaki. Jadi apabila ada masalah atau apa saja dia menjadi tempat rujukan utama saya. Dia juga banyak mengajar saya tentang selok belok dalam industri ini.

“Memandangkan saya masih baru jadi banyak perkara yang saya kena belajar daripada dia," kata pengacara Raikan Cinta di Astro ini lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.