saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/10/2013

Kami tak gerun

MUNGKIN tidak ramai pelakon yang mahu membawa watak hitam kerana terpaksa berdepan dengan pandangan serong khalayak terutama pendatang baru. Namun tidak dinafikan watak-watak sebegini mampu memberi impak terhadap kemunculan seseorang aktor dan aktres.

Bagi Zara Zya, 28, Ku Hariz, 28, dan Hafreez Adam, 23, masing-masing bersedia untuk menerima apa juga maklum balas daripada masyarakat menerusi pembabitan mereka dalam drama Puteri Malam.

Yakin menerusi watak sebegitu mampu melonjakkan nama mereka selain memberi kepuasan diri sendiri setelah mencurahkan seratus peratus untuk penjiwaan watak.

Lagipun tidak salah andai menyuntik sedikit kelainan pada setiap naskhah yang diberikan walaupun terpaksa melakonkan watak rogol atau beraksi di ranjang.

Bersikap terbuka - Hafreez

PEMILIK nama sebenar Hafreez Aizat Zahalan menegaskan dia seorang yang terbuka dalam memilih mana-mana watak. Tanpa mengamalkan diskriminasi watak, Hafreez memastikan setiap drama yang dilakonkan berkesan.

“Saya masih muda dan dahagakan kelainan watak. Lagipun perjalanan karier lakonan saya baru saja bermula. Jadi saya kena amalkan sikap terbuka dengan apa juga tawaran diberikan.

“Saya juga mahu orang nampak kehadiran saya dalam industri. Niat saya murni untuk bersaing secara sihat dengan pelakon sedia ada.

“Itu baru namanya cabaran," kata pemegang watak Jambu yang turut berlakon dalam drama Tanah Merah , Kisah Cinta dan Lembu Ku Ban ini.

Pasrah kalau orang tak suka

- Ku Haris

“SAYA tahu masyarakat akan membenci pelakon yang membawa watak hitam. Tapi saya terima kerana nak rasai cabaran. Kalau tak rasa macam mana kita nak tahu kekuatan kita di mana?

“Saya mohon jangan ada persepsi liar selepas menonton drama ini. Sebab saya jangka akan ada pihak yang menyampah. Tapi saya pasrah saja andai orang tak suka," kata Ku Hariz yang membawa watak Farid ini.

Pada masa yang sama pemegang watak bapa ayam dalam Puteri Malam ini juga berharap agar diberi peluang untuk melakonkan watak mencabar pada masa akan datang.

Ini kerana dia masih belum puas dan merasakan mampu memberikan lakonan lebih baik.

Buang sikap melabel - Zara Zya

BAGI Zara Zya dia merasakan tidak wajar sekiranya masyarakat memandang negatif kepada para pelakon yang membawa watak hitam.

Sepatutnya masyarakat bersikap menyokong setiap karya tempatan dan bukannya menghentam kerana sikap itu boleh membunuh industri.

“Kenalah bersikap positif kalau melihat mana-mana lakonan di televisyen. Kalau pun watak hitam pasti ada moral terselindung di penghujung jalan cerita. Itu yang perlu dinilai.

“Memang pelakon yang membawa watak hitam ini akan terpukul setiap kali dilempar dengan kata-kata pedas. Tapi alangkah indahnya kalau buang semua sikap negatif ini. Pasti industri kita akan berkembang dan menjadi hebat satu hari nanti," kata pemegang watak Puteri ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.